Tip Melancarkan Haid Secara Semula Jadi

Haid yang tidak normal dan juga tidak teratur boleh menggangu emosi dan juga kehidupan harian. Kebanyakkan daripada wanita di luar sana juga tidak sedar akan mengapa perkara seperti ini berlaku.

Kitaran haid yang lancar memainkan peranan yang sangat penting dalam kesihatan wanita. Hal ini juga menandakan kemudahan proses untuk merancang kehamilan yang lebih mudah untuk menentukan bila tarikh diri subur untuk berlaku.

Terdapat beberapa punca mengapa akan berlakunya kitaran haid yang tidak lancar dan ini penting untuk golongan wanita ambil tahu. Mari Donna senaraikan punca haid yang tidak seimbang kepada anda:

  • Cyst
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Terlalu Kurus
  • Masalah Tiroid
  • Perubahan Berat Badan
  • Stress/ Tekanan Perasaan
  • Keletihan Yang Melampau
  • Hormon Yang Tidak Seimbang
  • Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Menghampiri Fasa Putus Haid (Menopause)

Jika anda mempunyai kebanyakkan simptom atau tanda-tanda di atas, Donna sarankan kepada anda untuk mendapatkan nasihat doktor. Lebih awal, lebih rendah risiko dan mudah untuk mencegah!

via GIPHY

 

Tip Melancarkan Haid

Kekalkan Berat Badan Yang Seimbang

Pastikan anda mengekalkan berat badan yang seimbang dan menepati skala BMI yang normal. Jika berat berlebihan, rajin-rajinkan diri untuk bersenam. Namun, pastikan diri anda bersedia terlebih dahulu. Jangan pula dengan tidak cukup rehat, anda paksa tubuh untuk bersenam. Buruk padahnya nanti!

Rawat Stress

Usah pandang rendah akan kebolehan tekanan untuk menganggu kesihatan tubuh badan kita. Malah, jangan beri peluang langsung untuk diri kita merasai tekanan yang terlalu tinggi. Sering kali mengingatkan diri untuk melakukan apa juga perkara mengikut kemampuan diri. Berikan juga perhatian untuk mencari cara yang sesuai untuk menenangkan diri ya!

Gaya Hidup Sihat

Yang ini juga merupakan satu perkara yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan diri. Cuba perhatikan, jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat, segala jenis penyakit kronik akan menyerang. Jadilah wanita yang bijak dalam memilih permakanan dan juga waktu untuk berehat yang baik.

Minum Air Rebusan Manjakani & Sireh

Jika mahukan cara yang tradisional, bolehlah mencuba minum air rebusan manjakani dan juga sireh. Caranya mudah sahaja, rebuskan 3 biji manjakani dan sehelai daun sireh. Minumlah seminggu sekali di waktu pagi dan jika mahukan rasa yang manis, anda boleh tambahkan sesudu, dua madu.

Smeoga artikel ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak normal. Apa-apa pun, nasihat doktor juga yang perlu diutamakan demi kesihatan dalaman!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidadari.my

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna