Tip Bersahur Kenyang Sepanjang Hari Oleh Kevin Zahri

Bersahur merupakan salah satu amalan yang penting bagi individu yang berpuasa ketika bulan Ramadan. Hal ini kerana, bersahur dapat membantu memberi tenaga untuk kita bekerja dan menjalani kehidupan harian.

Walau bagaimanapun, turut diakui oleh Cikgu fitness kita, Kevin Zahri di mana kita akan tetap merasa haus dan juga lapar. Namun, dengan mengamalkan tips ini akan membuatkan kita lebih bertenaga.

So, Donna mahu kongsikan tip daripada Kevin Zahri untuk kita sama-sama amalkan supaya puasa kita lebih bertenaga dan kehidupan harian kita lebih senang!

Jangan Skip Bersahur

Yang pertama adalah untuk memastikan anda tidak terlepas bersahur. Bersahur adalah penting untuk kita kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh sebab itu, pastikan anda tidak terlepas untuk bersahur supaya anda tidak merasa letih dan lapar ketika berpuasa!

via GIPHY

Protein & Fiber

Untuk tip kenyang lama dan tidak merasa lapar pada awal hari, pastikan anda mengambil makanan yang mengandungi protein seperti telur dan fiber seperti buah pear, broccoli dan juga oats! Mengikut Cikgu Fitness, karbohidrat kompleks mampu memberikan tenaga yang tahan lama dan mengenyangkan.

via GIPHY

Garam? No please!

Garam membantu mempercepatkan proses dehidrasi. Oleh sebab itu, elakkan secara langsung daripada pengambilan garam atau makanan yang bersifat masin. Jika tidak, anda akan berisiko untuk dehidrasi dan merasa haus ketika berpuasa nanti!

via GIPHY

Elakkan Minum Air Banyak

Ketika bersahur, adalah dinasihatkan untuk anda minum air dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Sebagai contoh, hanya minum air dalam dua atau tiga gelas sahaja pada suatu masa sudah mencukupi. But why? Hal ini kerana, jika kita banyak minum air, maka lebih cepat proses pembuangan. Minumlah secara kerap dan berkala okay?

via GIPHY

Caffeine?

No! Ha, tahukah anda, minuman berkafein sebenarnya membuatkan badan manusia berisiko untuk mengalami dehidrasi. Seperti yang dikongsikan oleh Kevin, kafein diuretik mempercepatkan proses dehydration. Jadi, pastikan anda elak daripada mengambil minuman bergas, kopi dan minuman bertenaga!

via GIPHY

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk berpuasa dengan lebih bertenaga dan memudahkan kehidupan harian anda. Good luck!

 

 

Baca lagi:

Throwback Iklan-Iklan Raya Lagenda

Cabaran Ramadhan Tanpa Nasi #Bodygoals2020

Perhatian NGO! Patuhi 7 SOP Ini Untuk Elak Langgar PKP

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: KevinZahri.Com

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna