Ramai Tipah Yang Tertipu Dengan Jualan Murah

Kedatangan musim perayaan dan hujung tahun memang sangat ditunggu-tunggu kaki shopping.”

Tahun 2018 hampir melabuhkan tirai, maka menjadi kebiasaannya banyak premis perniagaan mengadakan jualan murah dengan menawarkan pelbagai promosi menarik dan harga runtuh. Ada setengah premis mengambil kesempatan untuk menipu pelanggan dengan mengadakan potongan harga yang tidak masuk akal tetapi kualiti barang yang dijual sudah lama atau tidak berada dalam keadaan baik. Ada juga yang menipu pelanggan dengan menaikkan harga barang kemudian paparkan tanda diskaun sehingga 80% untuk menggelapkan mata wanita terutamanya.

 

Sumber Foto: pexels.com

Untuk kaum wanita khasnya, tolong kawal diri anda agar tidak menjadi papa kedana pada hujung bulan akibat gian ‘bershopping‘. Jika sesebuah pusat membeli-belah atau premis perniagaan ada membuat sebarang jualan murah atau promosi harga, pertimbangkan untuk mengetahui strategi membeli-belah ini.

Sebelum terpengaruh dengan iklan jualan murah yang dilihat samada dalam talian atau katalog, semak dulu kos yang mungkin perlu anda keluarkan. Kira perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk ke lokasi jualan murah seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Kemungkinan besar harga barang yang dijual berdekatan rumah anda akan lebih murah berbanding di lokasi jualan murah tersebut dek faktor kos sampingan yang diperlukan. Jangan dilupakan terus kedai runcit berhampiran rumah kerana adakalanya, harga barang yang dijual di kedai seperti itu lebih murah berbanding pasar raya besar.

Sumber Foto: hellotravel

Wanita sering ditipu dengan hal yang satu ini. Pantang nampak potongan harga yang lebih daripada separuh terus beranggapan barang yang dijual itu memang betul-betul murah. Sila jadi pembeli yang bijak dengan menyemak dahulu harga yang ditawarkan sebelum promosi di adakan. Sebilangan premis membeli-belah akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan untuk kepentingan perniagaan mereka. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun.

Sumber Foto: Google Image

Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya pula.

Sumber Foto: pexels.com

Ada setengah pelanggan pula ditipu ketika jualan hebat dengan pemberian hadiah sampingan yang ditawarkan. Misalnya ‘beli 1 percuma 2 atau ‘setiap pembelian set terima hadiah sampingan ’. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

Ekonomi sekarang tidak menentu, oleh itu ada baiknya sebagai pengguna, anda harus bertindak bijak dalam berbelanja untuk meminimumkan kesan kenaikan harga terhadap kos sara hidup. Cari permis berbelanja, pasaraya atau kedai yang menawarkan harga yang berpatutan dan boleh dipercayai seperti Pasaraya Besar Giant. Kini Giant berkerjasama dengan Hot FM sedang mengadakan promosi Peraduan ‘Bila Beli, Boleh Cuti. Sambil membeli-belah, sebagai pelanggan Giant dan pendengar Hot FM, anda berpeluang memenangi hadiah menarik berupa pakej percutian 3 hari 2 malam.

Bila lagikan nak bercuti dengan keluarga, inilah masanya sebab Hot FM Bila Beli, Boleh Cuti dibawa oleh Giant bagi korang peluang untuk menang pakej percutian dengan ikut je langkah-langkah dibawah :-
1- Daftarkan diri di https://www.hotfm.com.my/page/hot-fm-bila-beli-boleh-cuti
2- Muat naik gambar resit yang TIDAK KURANG DARI RM30
3- Lengkapkan slogan “Saya Ingin Memenagi Hadiah Percutian Giant kerana…”
Slogan yang kreatif adalah pemenang
#JomCutiGiant

 

 

 

 

Sumber: eraconsumer.org

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna