Tip Sedia Jus Buah Cara Ekspres!

Bila bercakap tentang kerja-kerja memasak di dapur mesti ramai yang akan menunding jari pada wanita. Kenapa sebenarnya? Sedangkan kalau kita lihat tukang masak terkemuka di Malaysia semuanya lelaki seperti Chef Wan, Chef Ismail, Chef Zubir dan kalau tukang masak antarabangsa pula, Chef Gordon Ramsay atau Chef Joe Bastianich.

Kalau senaraikan tukang masak perempuan, mungkin jumlah yang benar-benar terkenal tidak seramai lelaki. Namun hakikatnya, kita sebagai kaum wanitalah yang melakukan tugas di dapur demi keluarga tercinta. Alangkah indahnya jika setiap hari makanan sudah tersedia setiap hari. Hiks!

Jangan risau, bukan susah mana pun nak menjamu keluarga. Donna ada satu tip yang nak kongsi dengan anda semua untuk menyediakan air buah-buahan. Yelah, selalunya kalau nak buat air buah ni mesti fikir remeh tapi dengan cara kami ni, kerja anda jadi mudah je! Jom tengok proses berikut!

Sumber: unsplash

Bahan-bahan

  1. Buah yang dipilih yang dijadikan jus
  2. Gula
  3. Air sejuk
  4. Pengisar buah
  5. Jug
  6. Ais batu

Cara penyediaan

  1. Potong buah dengan dadu. Tak kira lah buah tembikai ke, mangga ke, dragon fruit ke. Pastikan potong dadu untuk memudahkan proses mengisar.
  2. Masukkan gula ke dalam mesin pengisar. Sukatan gula mengikut sukatan bancuhan. Jika kuantiti air banyak, jadi kuantiti gula pun kena banyak. Kalau setakat 2 biji mangga, 5 sudu gula pun dah memadai.
  3. Masukkan air sejuk ke dalam mesin pengisar sehingga kesemua gula larut dalam air.
  4. Masukkan beberapa potongan buah yang dah dipotong dadu.
  5. Kisar sehingga hancur.
  6. Masukkan ke dalam jug.
  7. Kisar lebihan potongan buah yang dah dipotong dadu tadi bersama sedikit air masak.
  8. Campurkan sekali dengan air kisaran pertama tadi.
  9. Ulang sehingga potongan buah dadu sudah dikisar.
  10. Hidangkan bersama ais batu.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Smoothies’! Basahkan Tekak Dengan Gabungan 4 Jenis Buah

Jangan Buang Sisa Buah-Buahan, Banyak Manfaat Tau!

 

 

 

 

 

Sumber: unsplash

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna