Tip Pemilihan Pakaian Sukan Wanita Muslimah

Dunia bersukan bagi wanita muslimah berubah semakin hari mengikut perkembangan zaman. Bukan semua tempat yang boleh menerima penglibatan wanita muslimah dalam bidang bersukan dek kerana kekurangan pemahaman dalam bab ini.

Walau bagaimanapun ini bukanlah merupakan satu halangan untuk wanita muslimah bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Terdapat beberapa tip yang Donna mahu kongsikan kepada anda semua dalam pemilihan baju sukan yang bersesuaian.

Tujuannya juga untuk memudahkan anda semua bersukan juga. Donna faham terdapat ramai wanita muslimah di luar sana yang gemar bersukan. Tanpa membuang masa lagi mari kita dalami tip-tip ini.

via GIPHY

 

Perhatikan Jenis Material Kain 

Tip pertama untuk memastikan diri kita selesa untuk bersukan dan memastikan tiada risiko keradangan untuk berlaku. Jika salah pemilihan jenis pakaian sebenarnya berpotensi untuk merosakkan kesihatan kulit. Beri ruang untuk kulit kita bernafas ya!  Material yang bersesuaian adalah jenis polyster dan microfibre. Ini kerana material ini mempunyai heat dissipation yang bagus!

Pakaian Yang Menutup Aurat
Pemakaian yang menutup aurat ini sebenarnya bagus untuk melindungi kulit kita. Elakkan pemilihan pakaian yang terlalu ketat bagi mengurangkan risiko athlete’s foot untuk menyerang. Dengan pemilihan sebegini, nak bersukan pun gerenti lebih selesa dan yakin!
Feminin & Aktif
Selain dari itu, pilihlah warna yang mampu untuk mengaktifkan semangat bersukan anda. Pilih warna kegemaran supaya anda dapat berasa positif dan bersemangat!
Kasut 
Dalam dunia bersukan, adalah penting untuk memastikan anda memakai kasut yang selesa. Elakkan daripada memakai kasut yang bukan direka untuk bersukan bagi bertujuan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan kaki.
Pemilihan Tudung
Jenis tudung sukan yang menggunakan material interlock bertujuan untuk menyerap peluh dan supaya cepat kering. Tambahan lagi, tudung bersukan sepatutnya bersifat ringan bagi memudahkan pergerakkan.
Seperti contoh klik sahaja di SINI.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna