Tip Nak Bersihkan Peti Ais Supaya Tak Kepam

Tak dapat bayangkan macam mana agaknya kalau rumah kita tak ada peti ais. Tak dapat nak simpan barang basah atau bekukan ais krim kesukaan. Sebab itulah kita kena simpan duit betul-betul supaya beli peti ais yang berkualiti. Cuma itulah, tak semua orang tahu macam mana nak jaga peti ais supaya dapat bertahan lama.

Bila peti ais kita jaga dengan sebaiknya, kita bolehlah simpan makanan sejuk beku dalam keadaan yang lebih lama. Bukan itu sahaja, kalau peti ais kita elok, bolehlah kita jimatkan tenaga elektrik.

Jadi, bacalah artikel ini sampai habis untuk tahu macam mana nak bersihkan peti ais supaya tak la bau kepam dan dapat diguna untuk tempoh masa yang lama.

via GIPHY

Bahagian ais 

Ramai yang terlepas pandang bahagian sejuk beku peti ais masing-masing. Lakukanlah pembersihan dengan membuang kotoran cecair yang tumpah di bahagian peti. Kosongkan dan lap rak, chiller menggunakan air sabun dan pembersih serba guna.

BACA: ;Tak Payah Korek, Tahi Telinga Tak Perlu Dibersihkan,-Doktor

Soda bikarbonat

Walaupun anda dah bersihkan peti ais dengan baik namun kadangkala ia tetap berbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Apa yang anda perlu buat ialah letakkan soda bikarbonat untuk menyerap bau yang tidak menyenangkan. Ganti soda bikarbonat anda setiap 90 hari.

via GIPHY

Simpan makanan dalam kotak kedap udara

Letak kotak kedap udara yang berukuran tinggi di belakang dan pendek di depan agar senang anda nak mengambilnya. Carilah kotak yang tembus pandang supaya senang anda nak nampak apa isi dalam itu.

BACA: Tak Perlu Sental! Cara Ini Juga Dapat Bersihkan Karpet Rumah Anda

Bahagian luar peti ais

Bila dah bersih bahagian luar peti ais, jangan lupa pula nak bersihkan bahagian luar. Cabut semua magnet peti ais anda dan bersihkan terutamanya di bahagian pemegang yang telah disentuh ramai orang.

via GIPHY

Bagi memastikan kekemasan dan kebersihan peti ais, apa kata anda ambil masa seminggu sekali untuk kemas peti ais. Tapi kalau nak lakukan pembersihan yang cukup teliti, ambil masa sekali dalam masa sebulan. Itu sahaja. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna