Tip Nak Bagi Beg Tangan Macam Poket Doraemon

Alamak! Dalam beg mak tak ada la. Mak tak bawak pula…”

Biasalah bila dah jadi mak-mak ni, daripada suami ke anak kalau nak minta apa-apa barang mesti minta dekat kita. Macamlah kita ni bawa beg macam poket doraemon tu. Selongkar je, semua ada. Memang takla. Bawa beg tangan je, bukan beg luggage. 

Aduhai! Itulah masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang bergelar ibu ni tapi nak buat macam mana, saiz beg pun tak mengizinkan nak sumbat semua barang. Lagipun beratlah. Dah! Sekarang ni tak perlu nak merungut kata beg kecil ke apa sebab Donna ada jalan penyelesaiannya.

via GIPHY

Eh! Bukan beli beg tangan lagi besar, ini perkongsian bagaimana nak jadikan beg tangan anda ala-ala poket Doraemon.

Kenal pasti barang keperluan dan kehendak

Cuba selongkar barang dalam beg tu, mesti lebih banyak barang yang tak digunakan berbanding barang keperluan. Asingkan dan mesti ada banyak lagi ruang yang boleh anda penuhkan dengan barang yang lebih penting.

via GIPHY

Saiz barang

Sekarang ni, kalau perasan kebanyakkan produk dijual dalam bentuk bermacam-macam saiz termasuk saiz travel. Setakat keluar berjalan, pilih saiz barang yang kecil-kecil untuk muatkan kuantiti yang banyak dalam beg tangan. Kalau saiz pun besar-besar, simpanlah untuk keperluan di rumah pula. Tak payah nak susah-susah nak pack atau unpack barang dari beg tangan.

via GIPHY

Senarai barang yang kena ada bila dah bergelar ibu

Point yang terakhir sekali ni sangat penting sebab tak guna juga kalau dah asingkan dan beli barang yang bersaiz lebih kecil tapi tak tahu nak sumbat barang keperluan apa yang sepatutnya kena bawa bila dah jadi ibu-ibu ni. Betul tak?

Janganlah nanti beg tangan penuh dengan barang tak penting, sama je beg tangan tu jadi aksesori je lebih. Ha, jom lihat senarai semak barang keperluan yang perlu ada dalam beg tangan ibu-ibu ni, ihiks!

  1. Minyak angin atau vics.
  2. Biskut seperti Oreo Chocolate Coated 1 bungkus.
  3. Set pengetip kuku bekas kecil.
  4. Tisu kering dan tisu basah.
  5. Plaster 5 keping.
  6. Compact powder lengkap bercermin.
  7. Gincu.
  8. Body mist atau perfume

Sikit je kan barang keperluan tu? Haa muat je! Lepas ni jangan kata tak muat atau tak ada pula ye? Yelah, beg dah macam poket Doraemon. Bye!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna