Tip Nak Bagi ‘Bater’ Pisang Goreng Ranggup!

Sedapnya pisang goreng kau ni! Ranggup la bater dia. Aku buat tak ranggup”

Mesti anda semua pernah berada pada situasi tetamu berkunjung ke rumah dan tanya macam mana anda masak sebab rasa sedap dan tekstur tak sama macam mereka masak? Lepas tu mulalah anda kongsi tip-tip masakan. Betul tak? Biasalah tu, perempuan-perempuan.

Kami pun sama, baru-baru ni ada orang tanya tip macam mana nak bagi ranggupkan ‘bater’ pisang ni dan lagi sedap dari yang jual di gerai. Of course berbunga-bunga masa tu hati. Jadi, kami ambil keputusan untuk kongsi tip ini dengan semua pembaca Donna!

Sumber: wiki

Jangan ingat masakan yang simple ni tak ada tip tau! Masakan kuih tradisional Malaysia la sebenarnya remeh sebab ada tip yang tersendiri. Salah masak, habis! Jom tengok cara penyediaan bater pisang ni.

Bahan

  1. Tepung naik sendiri.
  2. Bijan putih.
  3. Serbuk kunyit sebagai pewarna.
  4. Garam.
  5. Air suam.
  6. Minyak panas.

Cara penyediaan

  1. Masukkan bahan 1 hingga 5 ke dalam bekas. Sukatan ikut berapa banyak pisang nak digoreng.
  2. Gaul sehingga sebati. Agak-agak tekstur bancuhan tepung likat, okay dah.
  3. Masukkan 1 sudu minyak panas. Kalau bancuhan banyak, masukkan dalam dua sudu minak panas.
  4. Gaul lagi sekali sehingga sebati.
  5. Gorengkannya sehingga warna coklat keemasan.
  6. Hidangkan bersama air teh panas. Fuh! Padu terokkk.

Sumber: cariangoogle

Tip: Hidangkan ketika panas-panas, jangan hidang dalam keadaan dah tak panas. Nanti kurang menyelerakan.

Mungkin ada tip lain seperti letak perahan limau ke dalam bancuhan tapi, nanti bancuhan akan menjadi sedikit masam. Apa pun, ikut selera dan citarasa masing-masing, okay? Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, kilk saja senarai artikel:

Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

Takut Petai Cepat Busuk? Apa Susah, Kita Awet Sendiri Je Lah!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna