Tip Memasak Paling Sempoi Jika Anda Ingin Melancong Ke Luar Negara

Aktiviti melancong ni memang best tambah lagi kalau dapat pergi dengan keluarga dan sekali sekala bercuti ke luar negara. Tapi salah satu perkara yang sukar ketika melancong di negara asing adalah dari segi dapat makanan halal betul tak? Mungkin ada setengah kawasan yang terdapat makanan halal tetapi harganya lebih mahal daripada biasa.

Haa jangan risau bagi yang bercadang untuk bercuti di luar negara, makanan bukan lagi penghalang untuk anda kerana Donna akan kongsikan tip memasak paling sempoi yang anda boleh lakukan ketika di sana. Percutian adalah saat untuk cipta memori dan kenangan baru, kan lebih indah jika anda dapat rebut peluang ini berkelah dan menikmati makanan yang dimasak di tempat-tempat yang cantik.

Image result for plan menu

Sumber: unlock 

Rancang Awal

Be smart! Nak masak sendiri di sana akan menjadi lebih mudah jika anda menyediakan menu dengan lebih awal pada waktu yang tertentu supaya anda dapat mengenalpasti bahan apa yang perlu di bawa dari rumah dan kuantiti yang diperlukan.

Bahan Masak Dari Rumah

Pastikan anda semak tempat penginapan sama ada terdapat kemudahan untuk memasak ataupun tidak. Jika ada anda boleh bawa bahan yang sukar didapati seperti serbuk kari dan lain-lain. Bagi yang bermalam di hotel bawalah makanan segera yang boleh dipanaskan seperti sardin tin, sambal bilis, mi segera dan nasi goreng paket.

Image result for rice cooker travel

Sumber: cicha

Bawa Periuk Nasi Elektrik Kecil

Nama pun tekak melayu, mesti nak cari nasi punya! Selain nasi, periuk ini sangat berguna untuk memasak sup, tomyam dan bermacam-macam lagi.

Penuhkan Beg Dengan Bahan Masak

Untuk memudahkan perjalanan, anda perlu bawa ‘portion’ untuk memasak pada hari pertama sahaja. Hari-hari seterusnya anda boleh beli di sana untuk barangan basah dan tidak perlu bawa dengan banyak. Tapi jika barang seperti kicap, sos tiram, rempah asam pedas dan bihun lebih baik anda bawa siap-siap dari Malaysia kerana barang-barang tersebut lebih mahal di negara luar.

Tapi berhati-hati ketika anda bawa barang yang mudah pecah, untuk keselamatan sediakan beg khas untuk makanan sahaja. Bukan sahaja jimat malah anda dan keluarga akan dapat menikmati percutian tanpa sebarang masalah.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Lazat Dan Berkrim!Italian Dessert Panna Cotta Mampu Sejukkan Tekak Pada Musim Panas

 

 

 

Sumber: rasa

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna