Tip Jimat Wang! Bukan Kedekut Tapi Berhemah

Hari ini gaji, hari ini juga duit dalam bank dah habis. Mana pergi semua duit ni?”

Setiap orang bila dah gaji, anda pasti akan cuba menjadi seorang yang bijak berbelanja dan membuat simpanan dengan jayanya. Namun, anda tetap gagal mengesan bagaimana dan di mana wang anda banyak dihabiskan. Meskipun perkara berjimat ini sangat klise di dalam kehidupan, tetapi masalah kesempitan wang tetap berlaku setiap bulan. Nak tak nak anda kena belajar untuk menjadi sedikit ‘kedekut’ ketika berbelanja. Kedekut bukan bakhil tetapi berhemah.

Sebenarnya apabila anda menyimpan, anda bukan saja perlu lebih bertanggungjawab tetapi lebih berdisiplin untuk tidak mengusik wang simpanan anda. Wang simpanan anda bukan bertujuan untuk membeli barang keinginan anda seperti telefon bimbit, kasut, set barang kemas mahupun apa saja barang keinginan yang sudah anda perolehi tetapi wang simpanan bertujuan untuk kecemasan. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu berhutang apabila salah seorang ahli keluarga anda sakit atau kereta rosak. Terpulang pada anda sama ada membahagikan wang gaji anda kepada beberapa bahagian dan selebihnya dibiar di dalam akaun atau mengeluarkan kesemua wang gaji anda dan kemudian simpan di dalam bekas selamat di dalam rumah, yang penting anda menyimpan.

  • Jika sebelum ini anda mewajibkan setiap bulan perlu memiliki pakaian baru, lupakan niat itu. Bayangkan berapa wang anda dihabiskan setiap kali pergi ke pusat beli belah. Cara terbaik untuk mengetahui perbelanjaan tetap adalah dengan membeli barang yang diingini seperti pakaian, minyak wangi, barang kemas, alat komestik dan kasut setiap enam bulan sekali sahaja. Hakikatnya barang seperti ini adalah barangan tahan lama yang boleh dipakai pada tempoh yang panjang melainkan sudah lusuh dan tidak muat.
  • Elak kerap makan di luar kerana ia akan menjadi satu tabiat buruk buat diri sendiri dan keluarga. Mampukah anda bertahan apabila separuh gaji anda dihabiskan untuk makan di luar?

Sumber Foto: debt.com

  • Jangan lupa juga untuk catat segala perbelanjaan keluar dan masuk. Ada banyak cara untuk anda mencatat perbelanjaan. Antaranya menggunakan kaedah manual iaitu menulis apa sahaja yang anda belanjakan di dalam buku nota kecil. Pastikan buku nota kecil dan bukan di atas seheli kertas kecil. Setiap kali anda berbelanja, catat dan simpan resit untuk dikira kemudian. Ia sesuai untuk individu yang konsisten mencatat perbelanjaan dan gemar menyimpan resit.
  • Cara lain dengan menggunaka kaedah software sesuai buat anda yang suka kekemasan dan ketepatan. Gunakan program seperti Excel atau Google document untuk memasukkan belian dan caj kad kredit anda. Bagi yang teliti dan penyabar, nilai kecil pun akan dikira dalam perbelanjaan harian.
  • Jika anda seorang yang mesra telefon bimbit, boleh lakukannya di hujung jari menerusi kaedah laman web atau aplikasi tertentu. Kiraannya akan lebih tepat kerana mempunyai sistem alat pengiraan yang betul untuk merekod data. Setidak-tidaknya, ia sedikit membantu anda untuk lebih berjimat dan berjaya menjejak ke mana hala wang anda banyak dihabiskan.

 

 

Sumber: Gilahartanah.com

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna