Tip Elak Anak Menangis Hari Pertama Di Sekolah

Selamat Tahun Baru 2019! Hari ini kita telah melangkah ke tahun baru.”

Untuk keluarga yang memiliki anak, ketika ini selalunya persiapan untuk kembali ke sekolah sedang giat dilakukan. Tidak kurang juga ramai ibu bapa yang tidak sabar untuk menghantar anak kecil mereka memasuki alam persekolahan buat pertama kalinya. Bukan sahaja teruja malah ada daripada mereka gementar dan  takut-takut jika anak tidak dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan samada sekolah tadika atau sekolah rendah.

Sumber Foto: parents.com

Anak yang enggan ke tadika atau sekolah pada minggu-minggu pertama persekolahan adalah suatu masalah yang normal sering dihadapi. Biasalah, seperti juga orang dewasa, kanak-kanak juga ada masalah untuk menyesuaikan diri di tempat atau situasi baru. Namun, jika berlarutan hingga beberapa bulan persekolahan, ibu bapa perlu selidik punca sebenar. Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini. Mungkin disebabkan anak mempunyai perasaan takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan jangka panjang kepada si anak.

Perkara ini tidak boleh diambil ringan tau! Ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan mampu menjejaskan sistem tubuh dan kesihatan si kecil. Pasti ada sebab kenapa mereka tidak mahu pergi tadika atau sekolah. Contohnya takut pada guru yang garang, dibuli rakan, rindu dengan ibu dan sebagainya.

 

Pujuk & Bincang Si Kecil

Sumber Foto: pexels.com

Seelok-eloknya sebelum hantar anak ke taska atau sekolah pada minggu pertama persekolahan, anda sudah beritahu dan bercerita kepada anak mengenai sekolah baru supaya mereka lebih bersedia. Gambarkan sekolah adalah sesuatu yang positif dan baik-baik sahaja seperti ramai kawan, aktiviti yang menyeronokkan dan guru yang baik hati. Jangan sesekali momokkan dengan cerita yang negetif seperti penjaga sekolah garang, sekolah ada hantu, tandas kotor atau makanan di kantin tidak sedap.

Sumber Foto: pexels.com

Sebagai ibu bapa, anda perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak. Jika anda tidak sanggup melepaskan anak begitu juga anak tidak mahu lepaskan anak. Elakkan daripada menunggu lama di luar kelas untuk melihat anak anda untuk menyesuaikan diri. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke sekolah walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang.

Pastikan anda tidak lewat mengambil anak pulang dari taska atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat rakan-rakan lain sudah pulang. Terangkan juga kepadanya jika memerlukan tinggal di sekolah hingga ke petang.

Teruslah menghantar anak ke sekolah secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.

Sumber Foto: pexels.com

Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadapnya.

Seeloknya pada hari pertama persekolahan, ibu bapa mengambil cuti sebagai tanda sokongan dan memberi perhatian kepada anak untuk belajar di sekolah.

Sumber Foto: pexels.com

Jika anda mempunyai foto atau gambar menarik anak anda pada hari pertama persekolah, jom la kongsikan bersama Donna. Pasti menarik dan boleh dijadikan sebagai koleksi gambar kenang-kenangan apabila anak dewasa kelak.

 

 

 

 

Sumber:petuasehari hmetro

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna