Tingkah Laku Si Manja Yang Ibu Bapa Kena ‘Alert’ Bila Datang Rumah Orang

Haaipp! Jangan pegang tu. Duduk sini…”

Antara bunyi nada amaran yang sering kita dengar dalam kalangan para ibu bapa bila tegur anak mereka ketika di rumah orang tapi hakikatnya, tegur saja tapi tak buat apa-apa. Terus leka bersembang dengan tuan rumah. Mata tuan rumah pula setiap minit menjeling-jeling takut pasu kaca yang dibeli ribuan ringgit, habis pecah berderai.

via GIPHY

Sebagai ibu bapa harus ‘alert’ dengan kelakuan si kecil yang tak tahu duduk diam dan suka explore benda yang mampu menarik perhatian mereka terutama di rumah orang. Antara tingkah laku yang ibu bapa harus terus menerus pesan pada mereka bila berada di rumah orang adalah…

Makan satu tempat

Jangan biarkan di kecil makan bersepah-sepah atau berlari-lari sambil memegang makanan di tangan. Kesiankanlah pada tuan rumah, pening kepala nanti bila nak mengemas. Itu baru serpihan biskut atau kuih yang berterabur. Belum lagi kalau air manis pula yang tumpah. Tumpah pula dekat atas carpet, aduh!

via GIPHY

Sebaiknya, panggil si kecil duduk sebelah anda dan suapkan makanan. Pastikan mereka duduk satu tempat sehingga makanan mereka habis. Tuan rumah tengok pun, senang je hati. Lain kali tuan rumah nak jemput datang rumah pun orang tak fikir dua tiga kali. Terus ajak je!

Jangan ambil barang orang

Biasalah bila budak-budak ni mesti nak capai barang yang menarik perhatian mereka. Iyalah, mereka kan suka ‘explore’. Tak kiralah barang merbahayakan mereka mahupun tidak. Bila nampak je tangan si manja memegang sesuatu yang bukan milik dia, minta elok-elok untuk diletakkan kembali. Lebih-lebih lagi kalau barang yang berkaca.

via GIPHY

Duduk diam-diam

Anak kecil dengan ragam nakal mereka memang tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi si manja yang pantang nampak kawan sebaya mesti ajak bermain. Mulalah berlari berkejaran, melompat sana-sini, belum lagi yang panjat sofa atau kabinet.

via GIPHY

Bila dah nampak je mereka terlampau selesa dekat rumah orang, panggil dan tegur mereka elok-elok untuk bermain di luar. Larang mereka dengan tegas! Mereka harus dididik sejak dari awal.

Ya, memang pesanan ni nampak mudah tapi percayalah. Tidak semua ibu bapa akan ‘alert’ dengan tingkah laku anak mereka bila datang rumah orang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

 

Artikel berkaitan:

Aktiviti Pembersihan Yang Sering Terlepas Pandang Selepas Mengadakan ‘Open House’

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna