Tinggalkan Anak Atas Urusan Kerja, Netizen Turut Sedih Lihat Air Mata Amyra Rosli Jatuh

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa adalah peribahasa yang menggambarkan kasih sayang ibu dan ayah yang dicurahkan kepada anaknya selama mereka hidup dan kasih sayang yang diberikan, pastinya tidak ada batasan.

Itulah yang terjadi pada pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin yang mempamerkan perasaan sayang terhadap putera sulung mereka, Aqeef Anaqi menerusi sebuh video yang dimuat naik di laman Instagram mereka berdua.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah air mata pelakon utama yang membintangi drama bersiri Nur 2 ini jatuh saat ingin berpisah dengan anaknya. Dah kenapa pula Amyra nak berpisah dengan anak dia?

View this post on Instagram

Daddy and Mommy tak pernah tinggalkan @aqeefanaqi lama mcm ni… Tp Daddy n Mommy kena kerja. Anaqi dengar cakap Tok Ayah & Tok Mama k. See u baby 😘

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh Amar pada postingnya, mereka berdua perlu meninggalkan anak mereka bersama tok ayah dan tok mama Anaqi dalam tempoh yang agak lama atas urusan kerja. Biasalah, ibu-ibu bila berpisah dengan anak.

Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen dengan meluahkan perasaan sedih dan turut berkongsi pengalaman mereka juga.

“Saya faham perasaan tu sebab saya pernah tinggal anak seminggu..”

“Jangan menangis, stay strong!” 

Betapa besarnya kasih sayang ibu dan ayah kepada anak-anak mereka. Siapa je tak sayang anak kan? Satu-satunya harta dunia yang tidak ternilai.

 

 

 

Sumber: Amar Baharin

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna