Tindakan Lelaki Ini Minta Kawan-Kawan Nyanyi Hari Lahir Untuk Ibunya Undang Sebak Netizen

Tiada siapa dapat nafikan ibu adalah segalanya. Dalam garis panduan Islam juga turut mengatakan ibu harus diutamakan dan jika dilihat dari sudut anjuran dengan siapakah patut kita membuat kebaikan terlebih dahulu?

Nabi Muhammad SAW pernah menjawab, “Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu,” – Riwayat Muslim (2548).

via GIPHY

Begitulah yang dilakukan salah seorang selebriti media sosial, Jabir Meftah bila tiba hari jadi ibunya. Video berdurasi 21 saat ini menunjukkan dia dan rakan-rakannya lebih kurang lebih 30 orang yang berada di kedai makan menyanyikan lagu hari jadi untuk ibunya ketika membuat video call.

Dia turut menulis ucapan ringkas untuk ibunya pada posting tersebut yang berbunyi, “Tak mampu nak ungkapkan betapa besarnya rasa sayang saya pada dia melalui kata-kata. Sayalah lelaki paling beruntung sebab memiliki ibu seperti dirinya. Selamat hari jadi mama”.

Video tersebut mendapat perhatian ramai pengguna twitter yang lain. Malah, mengundang rasa sebak ramai orang kerana walaupun mereka berdua berjauhan tapi dia cuba cari masa untuk mengucapkan ulang tahun hari jadi ibunya sekaligus membuat ibunya menangis kegembiraan.

Mungkin ada yang beranggapan hanya nyanyian dari kawan-kawannya saja tapi sebenarnya, dia turut membelikan sepasang kasut baru untuk ibunya sebagai hadiah, alahai… Untungnya si ibu dapat anak yang pandai menghargai pengorbanan kita.

Bukan apa, bukan senang tau nak jumpa anak lelaki yang berusaha mengucapkan hari jadi buat ibunya di hadapan kawan-kawan mereka. Malu katanya. Iyalah, nanti diejek ‘anak emak’ pula.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk membahagiakan hati seorang ibu. Antara tindakan paling mudah adalah mendoakan agar dilimpahkan kebahagiaan dan mendengar setiap nasihat mereka.

Apa pun, terbaiklah Jabir! Harap tindakan Jabir dapat dijadikan contoh oleh anak yang lain untuk meluahkan rasa kasih dan sayang pada insan yang telah melahirkan, mencorakkan dan membesarkan kita dengan sabar.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bila Anak Lelaki Mula Membesar, Para Ibu Kena Tahu Cara Terang Pada Mereka Apa Itu Ihtilam

Realiti Sebenar, Elfira Loy Tunjuk ‘Struggle’ Ibu Bapa Tidurkan Anak

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna