Tin, Tong & Ketul, Jangan Keliru Perbezaan Kegunaan 3 Jenis Mentega Ini

Selalu kalau kita pergi pasar raya bahagian penyejukbekuan pasti anda akan nampak bahagian yang mempunyai pelbagai jenis mentega yang ditempatkan dalam bekas atau berbentuk ketul. Malah, ada juga dijual dalam bentuk tong, tin atau berbungkus.

Ikut suka kita nak beli yang mana satu. Mungkin bagi mereka yang berniaga, akan beli mentega dalam tong atau yang berbungkus. Kononnya lebih jimat dan mudah. Iyalah, tidak perlu nak buat pembelian banyak kali.

Sumber: achinews

Mentega ada beza?

Tapi, sebenarnya setiap mentega yang dijual dalam pelbagai jenis ada perbezaan penggunaanya. Mesti ada yang fikir semua mentega sama je tak kira dalam tong, bekas,bungkus atau ketul. Apa perbezaan kesemua jenis mentega tu?

Sekarang ni jom kita lihat penerangan dari pihak mentega pengeluaran Buttercup sendiri.

Buttercup ketul

Untuk mentega yang berketul atau dalam bekas, ia sangat sesuai untuk sapuan roti dan untuk biskut. Tidak sesuai untuk kek sebab majerin ini akan membuatkan tekstur kek kering dan berderai apabila dipotong.

Sumber: sumarz

Buttercup tin

Seterusnya mentega dalam tin sangat sesuai untuk dibuat kek dan juga masakan kerana rasanya sedikit masin. Tapi, ingat! Mentega dalam tin tak sesuai untuk buat biskut, takut menganggu tekstur biskut.

Sumber: facebook

Buttercup tong

Akhir sekali, mentega dalam tong. Mentega jenis Buttercup ini sesuai untuk kek dan juga biskut kerana dapat menghasilkan tekstur kek dan biskut yang sempurna.

Sumber: malaysiabakery

Kesimpulannya kalau chuols jarang nak buat kek atau biskut tapi sering gunakan mentega dalam masakan atau sapuan pada roti, belilah dalam bekas atau ketul. Begitulah kalau nak buat biskut atau kek, beli je yang tong terus.

Jadi, jangan salah beli ye! Beli mengikut keperluan yang betul. Apa pun, ini penerangan dari pihak Buttercup, tak tahulah kalau jenama mentega yang lain sama ada kegunaannya sama atau tidak.

Apa pun, baca terlebih dahulu penerangan pada ‘badan’ bungkusan mentega terlebih dahulu okay?

 

 

Untuk pengetahuan anda, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Salah Beli! Ini Beza Antara Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

“Dulu Balik Terus Peluk Tapi Sekarang Dah Lain.” – Luahan Hati Anak Nurse COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna