Timun Pun Ada Kembar Ke? Ketahui Perbezaan 3 Timun Ini

Yang panjang ni timun, yang pendek tu pun timun tapi bentuk dua timun ni lain. Apa beza dua timun ni?

Timun adalah sayuran yang mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Jadi, tidak hairanlah jika ada sesetengah individu makan begitu saja walaupun belum ditumis seperti sayuran lain. Malah, ada juga yang menjadikan timun sebagai pelengkap menu hidangan.

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tidak tahu timun mempunyai 3 jenis iaitu Timun Asia, Timun Kyuri Jepun dan Timun Cina. Kesemua timun ini ada perbezaan mereka. Iyalah, nama pun dah lain, rasa dan khasiat semestinya lain juga.

Jadi, pada artikel kali ini, Donna akan memberi informasi tentang ketiga-tiga perbezaan timun ini.

Timun Lokal

Sumber: hellosehat

Ciri-ciri Timun Lokal bersaiz sederhana kelihatan berwarna hijau dengan adanya larik-larik putih kekuningan. Timun ini mengandungi 95% air. Selain itu, kandungan lemak, protein, kalori dan berbagai jenis vitamin seperti, vitamin K, vitamin A, vitamin C dan zat besi membuat sayuran ini bermanfaat untuk;

  1. Menjaga kandungan air dalam tubuh
  2. Menyihatkan jantung
  3. Baik untuk gigi dan gusi
  4. Mencegah kedutan pada kulit

Malah, bukan itu saja, Timun Lokal ini juga bagus untuk kegunaan herba, minuman. Ia juga boleh dijadikan bahan kimia seperti membuat jus, benih, shampu rambut, pelembab dan barangan kosmetik.

Timun Kyuri Jepun

Sumber: redmart

Lihat pada saiz, bentuk dan struktur luaran pada Timun Kyuri ini sangat lain dengan Timun Lokal. Timun Jepun ini berbentuk panjang, lebih lonjong, berkedut, berbintik dan bewarna hijau pekat. Malah, timun ini mempunyai kandungan gizi sama seperti timun lokal dan antara mempunyai jenis vitamin A, vitamin B dan vitamin C.

Timun ini selalunya kebanyakan individu membuat makanan bersama hidangan salad kerana rasanya yang lebih manis berbanding timun lokal. Jadi, timun ini sangat efektif dalam menyembuhkan dehidrasi, mencegah penyakit anemia, sariawan dan dijadikan sebagai antioksidan.

Timun Zucchini

Sumber: ekonomi pos

Kebanyakan orang ramai mengatakan Timun Zucchini ini adalah Timun Kyuri Jepun, ia salah sama sekali. Bentuk Timun Zucchini ini mempunyai bucu seperti berbentuk bintang, tidak selonjong Timun Kyuri Jepun, bewarna hijau pekat dan isi seperti buah labu air tetapi berwarna putih krim.

Kebanyakannya mereka akan makan timun ini mentah-mentah atau dimasak sup sebagai menu hidangan. Kandungan gizinya pun berbeza dari timun-timun yang lain. Diantaranya, fosfor, magnesium, zat besi dan lutein. Jadi, ia dapat membantu menyembuhkan asma, menurunkan tekanan darah, mencegah kanser serta menurunkan kolestrol dalam badan.

Sumber: sayurbox , rasa ,

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna