‘Time’ Mandi Dah Sental Tapi Kaki Tetap Berbau, Keturunan Ke?

Ish! Dah sental pun berbau lagi kaki ni, ada jugak aku rendam dengan Clorox kang!”

Siapa tak benggang dah sental berkali-kali pun kaki tetap berbau tengit! Malulah bila buka kasut nanti, orang kiri kanan pandang kita semacam je. Lebih parah lagi, pakai sandal pun kaki tetap berbau juga. Ish! Sttrreeesss la! Dah la kita ni perempuan, ‘saham’ jatuh la kalau bau busuk datang dari diri kita. Kenapalah kaki ada bau?

Menurut Pensyarah Kanan Institusi Atta-ur-Rahman UiTM, Dr Fatimah Salim, bau kaki berpunca daripada bahan kimia semulajadi iaitu…

  1.  Methanethiol – bau seperti sulfur dan keju
  2. Isovaleric acid – bau campuran keju dan cuka
  3. Acetic acid – bau cuka
  4. Propionic acid – bau kubis busuk

via GIPHY

Antara semua bahan kimia ini, isovaleric acid lah yang sering dikaitkan dengan bau kaki kerana hidung kita mampu menghidu kehadiran bahan kimia ini walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Bagaimanapun, bakteria di atas adalah bakteria yang baik walaupun mengeluarkan bau kerana memakan sel kulit mati yang lembab disebabkan kehadiran kelenjar peluh yang terlalu banyak pada bahagain kaki kita.

Apa yang menyebabkan kaki berbau?

Cuma, jika berbau yang terlalu kuat sehingga tidak menyenangkan hidung orang sekeliling adalah berpunca daripada…

  1. Jari cengkam tidak dirawat
  2. Pemakain stokin yang berulang
  3. Celahan jari kaki tidak dicuci dengan betul
  4. Tidak memakai stokin bila memakai kasut
  5. Tidak buang daki kaki dengan betul
  6. Kuku kaki dibiarkan panjang
  7. Kasut tak pernah dibasuh
  8. Memakai kasut yang sama setiap hari

via GIPHY

Apa jalan penyelesaiannya?

Jangan risau, untuk menyelesaikan masalah kaki berbau ni anda harus mengelakkan melakukan perkara di atas dan Dr. Fatimah turut kongsi beberapa tip untuk mengurangkan kaki berbau. Antaranya…

  1. Menyapu bedak talkum bahagian kaki kerana dapat menyerap lebihan lembapan yang boleh mengurangkan kaki berbau.
  2. Pemilihan material kasut yang sesuai dengan kaki kerana sesetengah kasut mempunyai bahan penyerap bau seperti arang aktif.
  3. Menggunakan spray kaki atau kasut yang mengandungi bahan kimia seperti citral, geraniol, citronellal dan limolene yang boleh mengurangkan kaki berbau.
  4. Memakai stokin yang mampu mengalirkan udara juga boleh menjalankan fungsi yang sama.
  5. Menyapukan deodorant ketiak pada kaki.

Akhir sekali, Dr. Fatimah menambah jangan terlalu obses inginkan kaki berbau wangi kerana jika kaki berbau wangi, ia adalah petanda kehadiran bakteria yang tidak patut berada di kaki. Lagi membimbangkan bakteria asing ini akan makan kulit segar yang boleh menyebabkan ruam dan luka pada kaki jika tidak dirawat dengan segera.

Kesimpulannya, kaki berbau bukanlah disebabkan keturunan tapi berpunca daripada cara diri kita menguruskan  diri kita sendiri. Mungkin sebelum ni ada di antara kita yang tak tahu tentang penjagaan kaki jadi, terpinga-pinga sendirian mengapa kaki berbau.

Semoga selepas membaca artikel ini, ia dapat memberi anda manfaat dan meningkatkan pengetahuan am.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

 Bentuk Kaki Pelik? Senaman Ini Bantu Kaki Anda Kelihatan Normal Semula ,

 Kaki Anak Bau Hapak? Selesaikan Dengan Cara Ni

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: majalahsains

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna