Tidur Buka Kipas Memang Nikmat, Tapi Ini Perkara Bahaya Yang Anda Perlu Tahu

Kalau imbas semula waktu zaman dulu, mesti mak-mak marah pasang kipas kuat sampai high level. Tambah lagi kalau cuaca panas, memang sedap lah tidur buka kipas lepas tu hujan turun memang feeling siap tarik selimut gitu. Nikmat memang nikmat, tapi penting untuk anda tahu sekiranya anda mengamalkan perbuatan ini berterusan ia sebenarnya boleh membahayakan diri haa jaga-jaga!

Berdasarkan The Sleep Advisor tidur sambil membuka kipas boleh mengundang debu dan habuk yang ada pada persekitaran anda. Keadaan bertambah teruk sekiranya anda mengalami demam, alergi atau selsema. Cuba anda check pada kipas anda, pasti akan ada habuk yang melekat pada celah-celah jaring kipas secara tidak langsung ia akan terbang melalui udara setiap kali anda menghidupkannya.

Image result for sick while sleep

Sumber: verywealth

Gangguan Pada Pernafasan

Kipas angin berfungsi untuk memberi udara tanpa dijamin bahawa udara yang dihasilkan adalah bersih dan selamat. Ia akan bertambah teruk sekiranya anda tidak membersihkan kipas secara berkala. Bukan itu sahaja, anda mungkin akan berpotensi untuk menyedut udara yang tidak bersih sepanjang waktu anda tidur.

Penyakit Bell Palsy

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang penyakit ini, ia merupakan penyakit lumpuh di mana wajah anda akan terasa sukar untuk senyum ada ketawa. Bagi anda yang sering menghadapkan kipas pada wajah, ia akan menyebabkan keadaan saraf wajah menegang kerana suhu sejuk sepanjang malam berbanding bahagian tubuh yang lain.

Image result for sleep using fan

Sumber: thesleepadivsor 

Kurang Oksigen Dalam Badan

Untuk pengetahuan anda jumlah gas oksigen berkurangan saat angin yang terhasil daripada putaran kipas dihadapkan ke muka yang akan membuatkan gas karbon dioksida meningkat kesan daripada putaran angin tidak baik pada wajah.

Kulit Menjadi Kering

Pernah tak anda bangun pagi dan terasa kulit kering? Haa berdasarkan kajian tubuh anda akan mengalami dehirasi disebabkan udara sejuk menyerap air dalam tubuh.

Tip Menggunakan Kipas Angin Secara Sihat

  • Sentiasa bersihkan kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih
  • Elakkan guna kipas di dalam bilik yang tertutup dan tiada sistem pengudaraan yang baik.
  • Jangan hadapkan kipas pada wajah
  • Pusing kipas ke agar angin bergerak pada ke semua arah.
  • Tetapkan had kelajuan sederhana.

Jadi nak tidur tu, pastikan anda amalkan tip di atas sebelum pasang kipas. Ingat lebih baik mencegah daripada merawat, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini pada rakan-rakan yang lain bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Nak tahu artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bukan Saja Unik Dan Menarik, Hiasan Kolam Di Pintu Masuk Lambang Kesejahteraan

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : maskulin 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna