Tidak Perlu Produk Kecantikkan Mahal, Minum Air Lemon Bantu Anda Cantik

Setiap orang mempunyai rutin harian yang tersendiri pada setiap pagi untuk memulakan hari.”

Walau apa jua rutin yang diamalkan, sudah pasti ia mempunyai kebaikan yang tersendiri terutama untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Salah satu rutin baik yang perlu diamalkan oleh wanita khususnya adalah amalan minum air lemon suam pada setiap pagi sebelum memulakan hari yang sibuk. Mengamalkan minum air lemon suam sejurus bangun dari tidur dipercayai dapat mengatasi masalah mulut berbau. Jika mempunyai masalah gigi, jangan lupa untuk letakkan perahan lemon untuk mengurangkan kesakitan. Lemon juga boleh menghentikan pendarahan bagi gusi yang berdarah. Hanya kumur perlahan-lahan dengan air perahan lemon dan bakteria akan menjauhi gigi anda.

via GIPHY

Jika anda sangat gemar mengambil minuman yang berkalori tinggi seperti minuman bersoda, dicadangkan agar anda menggantikan air berkalori tersebut dengan air lemon. Ramai sedia maklum, pengambilan air lemon membantu sistem pencernaan dalam tubuh dan sangat sesuai bagi anda yang selalu mengalami masalah sembelit. Ia sebagai agen membuang toksin dalam badan yang berkesan.

Toksin dalam badan yang berkurangan boleh membantu anda kelihatan langsing selain menjadikan kulit lebih bersinar, cantik dan putih. Jika terdapat terlalu banyak toksin dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kusam, berjerawat dan membantu mempercepatkan proses penuaan.

via GIPHY

Buah-buahan sitrus sememangnya kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun. Untuk melegakan demam selsema, beberapa titik jus lemon bersama air suam sudah mencukupi. Lemon sebenarnya boleh meningkatkan tahap penyerapan di dalam badan. Tetapi jika keadaan bertambah buruk, berjumpalah dengan doktor anda.

Lemon mempunyai keupayaan untuk mengurangkan alkali yang tinggi dan menyeimbangkan paras pH terutama kepada mereka yang gemar memakan keju, daging atau alkohol. Oleh itu gejala seperti badan panas dan tidak keselesaan badan dapat dikurangkan dengan rutin minum air lemon.

 

 

Sumber:diarikurus.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna