Tidak Gemar Minum Air Putih? Ubah Habit Bahaya Itu Dengan 5 Langkah Mudah Ini

Pengamalan gaya hidup sihat ini sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat penting. Hal ini kerana, ia akan memberikan kesan negatif pada masa akan datang. Oleh sebab itu, jika tidak berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat, maka bersiap sedialah untuk diserang akan pelbagai jenis penyakit kronik. Opps!

Terdapat mereka yang di luar sana cukup gemar akan meminum air masak sehinggakan tidak biasa untuk tidak menikmatinya dalam setiap hari atau beberapa jam kemudian.

Namun, walau sudah jelas dan ada buktinya akan kepentingan air mineral dalam badan, masih ada lagi manusia yang tidak gemar akan menikmatinya. Kini, sudah tiba masanya untuk anda mengubah tabiat buruk itu sebelum terlambat!

Tambah Rasa

Tambah rasa yang Donna maksudkan adalah dengan meletakkan hirisan lemon, pudina atau hirisan oren dalam air. Dengan cara ini, anda juga akan menikmati rasa yang segar dan kelebihan untuk mengeluarkan segala toksin yang terkumpul dalam badan.

Gunakan ‘Straw’

Dapatkan penyedut minuman yang anda boleh menggunakan dalam tempoh masa yang lama. Sebenarnya dengan kaedah ini anda akan berjaya pengaruh diri untuk minum air dengan banyak. Belum cuba belum tahu!

via GIPHY

 

Miliki Botol Kegemaran Anda 

Cubalah anda mengambil masa untuk memiliki botol minuman kegemaran anda. Dapatkan design yang anda mahukan dan carilah saiz yang mudah untuk anda membawakan ia ke mana sahaja dan mengisi semula. Jika dah punyai botol reka bentuk kegemaran, takkan tak mahu digunakan pulakan?

Waktu Minum

Untuk permulaan, latihkan diri untuk menjadi lebih disiplin. Tetapkan masa yang sesuai untuk anda minum air dan buatlah peringatan dalam telefon pintar anda untuk mengingatkan anda supaya untuk meminum air. Jika sudah terbiasa, maka anda sendiri akan mempunyai keinginan untuk minum air.

Sediakan Botol Minuman Dalam Bilik

Memudahkan diri anda untuk minum air merupakan salah satu langkah yang baik. Anda boleh mulakannya dengan menyediakan botol minuman dalam bilik tidur sendiri. Elakkan minuman lain dalam bilik anda. Pastikan hanya minuman air putih sahaja ya!

 

Donna berharap artikel ini dapat membantu anda semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bahaya tau tidak cukup air ni. Tak percaya? sila buat research pada badan sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna