Tiada Rangsangan, Punca Seks Menyakitkan Wanita

Ada wanita yang berubah perasaan daripada gembira terus bemasam muka apabila diajak pasangan untuk mengadakan hubungan seks. Mahu tidak mahu terpaksa layankan walaupun di hati seperti tidak merelakan. Terasa seperti hipokrit kerana hanya berpura-pura berlakon ‘kesedapan’ sedangkan menahan sakit yang teramat sangat! Untuk yang tidak pernah melakukan hubungan intim pasti terkejut dengan kenyataan ini kan? Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan tetapi haruslah menyeronokkan.

PUNCA SAKIT KETIKA BERSAMA

Sumber Foto: mamapeduli

Ada yang mengatakan punca wanita sering berasa sakit ketika hubungan seks kerana kurang mendapat rangsangan daripada suami. Betul ke? Kenyataan tersebut ada betulnya, jika faraj mengalami kekeringan atau kekurangan ‘foreplay’ sebelum penetrasi dilakukan, boleh menyebabkan rasa sakit akibat kekurangan cecair pelincir dihasilkan. Tusukan demi tusukan yang berlaku dalam keadaan kering menyebabkan faraj mengalami luka. Masalah kekeringan boleh diatasi dengan penggunaan lubrikasi atau pelincir berasaskan air.

Jika anda sedang dalam keadaan stres, ia juga boleh membuatkan anda kurang selesa dan rasa sakit ketika mengadakan hubungan seks. Rehat dahulu atau panjangkan foreplay anda dengan suami untuk membuatkan anda lupa sebentar dengan masalah yang dihadapi. Ada yang takut dan mungkin trauma akibat kecederaan lalu berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks, diperkosa dan sumbang mahram. Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan.

Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini.  Suami sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya. Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Belaian lembut diseluruh tubuh wanita dan ciuman hangat mungkin memadai untuk memastikan kelinciran semula jadi faraj.

Sumber Foto: gossip.alpenews

Selain punca sakit ketika seks disebabkan kekeringan faraj, infeksi oleh bakteria dan kulat juga boleh menyebabkan wanita sakit ketika bersama. Bakteria boleh menyebabkan kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj dan rasa panas membakar. Vaginismus juga antara penyebab masalah ini terjadi akibat kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut. Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru.

Sumber Foto: lelakisihat

Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Beritahu pasangan anda berasa tidak selesa dan sakit. Sumai yang baik akan bertolak ansur dan membantu anda untuk mengurangkan kesakitan tersebut. Jika anda tidak bersuara dan berterus terang kepada pasangan, itu boleh menjadi ‘barah’ dalam hubungan suami isteri sehingga bercerai-berai. Anda juga dinasihatkan mendapat rawatan selanjutnya di klinik pakar untuk mengetahui punca sakit yang dialami. Jangan sesekali malu untuk berkongsi masalah ini dengan doktor anda ya!

 

Sumber: Dr Natasha Nor

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Gz
    • 28 March 2019
    Reply

    salam doktor. sy sudah masuk 8 bulan berkahwin. dan sepanjang tempoh ini, setiap kli bersama suami sy selalu mengalami kesakitan. adakah disebabkan kami melakukan nya seminggu sekali? atau disebabkan masalah keputihan yg sy alami dri remaja dulu punca cepat melecet dan sakit. bantu sy doktor.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna