“Tiada Peneman,” – Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Ketika Musim COVID-19

Kecoh di media sosial tentang seorang usahawan mempertikaikan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia selama perintah pergerakan kawalan berlangsung.

Sedang orang ramai memperkatakan isu tersebut, ada isu lain lagi yang lebih menarik perhatian kami untuk membincangkan pada artikel kali ini. Isu yang melibatkan emosi kewanitaan.

Pernah bayangkan tak kita berada dalam bilik bersalin seorang diri dan tiada seorang pun ahli keluarga kita berada di sebelah untuk beri sokongan moral dan kekuatan mental? Aduh sedihnya rasa hati…di saat badan lemah bertarung nyawa, hati ini benar-benar ingin melihat yang tersayang menemani. Namun apa kan daya.

Sumber: cariangoogle

Ini yang terjadi pada wanita ini yang ingin dikenali Anies Surianie bersalin ketika musim wabak berbahaya, Koronavirus (COVID-19) sedang rancak menular. Bayangkan, jarak sekurang-kurangnya 1 meter, tidak boleh berada dalam keadaan kolompok dan sentiasa menjaga kebersihan.

Tiada peneman…

Menurutnya, waktu peroses bersalin berlaku pihak hospital tidak benarkan sesiapa pun masuk menemani dirinya walaupun suami atau waris terdekat ada ketika itu. Cuma waris dan suami boleh berada di hadapan pintu wad bersalin untuk bersedia iqamat atau azan anak yang bakal dilahirkan.

“Waktu saya bersalin, hanya seorang nurse je yang bantu doktor sambut bayi. Alhamdulillah, Allah permudahkan dua² ibu dan anak selamat. Paling penting, sediakan topeng muka takut nurse minta pakai sebelum masuk ke dalam wad bersalin,”

Sumber: cariangoogle

Sediakan barang bayi dan ibu secukupnya…

Tambahnya lagi, sebelum proses bersalin si ibu perlu menyediakan barang keperluan secukupnya sebab memudahkan urusan suami untuk angkut kesemua barang yang diperlukan memandangkan pergerakan agak terhad bila musim COVID-19.

“Paling penting belajar cara menyusu dengan betul sebab dalam wad nanti hanya susu ibu saja senjata utama untuk tenangkan baby. Suami atau ibu tak ada di sisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu dah penat.

Walaupun anak kedua, memang saya struggle sangat. Mana nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby. Waktu tu saya rasa dah cukup kuat tapi menitik jugak la air mata ni,” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya.

Sumber: cariangoogle

Guard jadi orang tengah…

Anies Suriani turut menjelaskan, bekal makanan atau apa-apa barang yang ingin dihantar pada si ibu, waris atau suami perlu bagi pada guard saja dan waktu discaj, guard juga yang akan tolong bawa beg si ibu dan anak keluar sehingga berjumpa dengan waris atau suami.

“Nasib baik saya bersalin dekat HTA, jadi dapatlah saya tengok muka suami ikut tingkap wad ibu dan anak tu. Nak buat muka sedih tak sampai hati pula jadi kita senyum je tanda kita okay dan tak sabar nak balik,”

Pada akhir perkongsiannya, dia turut menasihati ibu-ibu yang bakal bersalin supaya sentiasa bersedia, sediakan semua barang keperluan yang sepatutnya, belajar menyusu badan dan jangan mengeluh kerana wanita adalah insan yang kuat.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tak Nak Kena ‘Jolok’ Duduk Rumah” – Doktor Ini Tunjuk Cara Rawatan COVID-19

Dijangkiti COVID-19, Keluarga Ini Hiburkan Hati Dengan Main TikTok Di Hospital

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna