Tiada Lagi Servis Penghantaran Makanan Lepas Jam 8 Malam!

Perhatian Malaysia! Kini semua telah menghampiri fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan  bermula 1 April ini. Maknanya, ada beberapa perubahan yang berlaku dan perlu anda semua tahu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob dalam sidang media mengumumkan bakal menghadkan tempoh perkhidmatan rider seperti Food Panda atau Grab Food bermula dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

“Kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan perhidmatan atas talian. Namun, adalah lebih baik jika anda tidak bersemuka dengan rider. Suruh sahaja pihak delivery letak makanan di pintu pagar atau depan pintu rumah anda.

Standard (kita selaraskan) semua yang jual makanan, keperluan harian dan sebagainya, bermula 8 pagi hingga 8 malam termasuk penghantaran ke rumah.

“Walau bagaimanapun pihak kerajaan menggalakkan supaya orang ramai menggunakan pembelian secara atas talian,” ujarnya dalam sidang media harian Covid-19 pada Isnin.

Tambah Ismail, sungguhpun digalakkan melakukan pembelian secara atas talian, kerajaan menasihatkan orang ramai supaya tidak bersemuka dengan pihak yang membuat penghantaran.

“Kita galakan makanan ditinggalkan di luar pagar, kemudian pihak delivery akan menelefon dan tuan rumah keluar selepas penghantar beredar. 

“Kita nak elakkan pertemuan bersemuka supaya kita cuba mengelakkan merebaknya penyakit ini,” ujarnya lagi.

Namun begitu, perkhidmatan pengangkutan seperti Grab, Teksi, atau e-hailing yang lain masih boleh beroperasi sehingga jam 10 malam. Pengangkutan awam yang lain pula dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10.00 pagi dan dari 5.00 petang hingga 10 malam.

Sumber: The Star

Jadi lepas ini, pastikan anda patuhi jadual yang sudah ditetapkan. Kalau nak tempah makanan, pastikan anda pesan awal-awal. Elok juga, bolehlah anda makan ramai-ramai sekeluarga lepas maghrib. Makan malam sangat pun tak elok tau.

Jangan lupa sebarkan kepada orang lain tau!

Baca juga:

COVID-19: Tiada Kenduri, Hanya Akad Nikah Di Seluruh Selangor

Ini Sebab Najib Razak Suruh Malaysia Belajar Dari Korea Selatan Urus COVID-19

 

 

 

 

Sumber: Mstar

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna