Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Train, Tak Boleh Umum Sesuka Hati-Ismail Sabri

“Pengangkutan awam seperti Rapid Rail tidak mempunyai kuasa untuk mengubah peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan”

Kenyataan itu ditegaskan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tambahan pula, ia adalah bertujuan untuk mengulas kenyataan daripada pengumuman yang dibuat oleh Rapid Rail pada hari Selasa di mana tiada lagi langkah penjarakkan sosial di tren dan stesen kendalian Rapid KL bermula pada Rabu akan datang.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman yang dibuat oleh Rapid Rail pada Selasa bahawa tiada lagi langkah penjarakkan sosial di tren dan stesen kendalian Rapid KL mulai Rabu.

Datuk Ismail Sabri Yaakob juga turut menambah apabila kerajaan menetapkan peraturan penjarakkan sosial di mana-mana rel yang terdapat di Malaysia, maka mereka tidak dibenarkan untuk sesuka hati mengubah apa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Baca:Selepas Hadiri Kursus Pengurusan Jenazah, Norman Hakim Mulai ‘Barzakh Challenge’

Di samping itu, jika terdapat keinginan untuk melakukan sebarang perubahan, maka mereka harus memohon perubahan itu kepada Majlis Keselamatan Negara atau MKN dan bukan mengumumkan perkara tersebut secara tiba-tiba mengikut apa yang mereka rasa.  Kenyataan itu dinyatakan dalam sebuah sidang media pada petang hari Selasa.

via GIPHY

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri turut menyatakan kefahamannya akan masalah yang dihadapi mereka dek kerana perlaksanaan penjarakkan sosial telah menyebabkan pengurangan jumlah penumpang dan sekali gus meningkatkan kos operasi harian.

Kos peningkatan itu bukan sahaja berlaku di peringkat rel, kereta api, MRT, LRT dan sebagainya malah di pesawat penerbangan juga. Selain itu, penumpang hanya terhad kepada 60% sahaja dalam pesawat dan itu juga telah menyebabkan kerugian.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga berusaha untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut untuk bertujuan mencari jalan penyelesaian yang baik.

via GIPHY

 

Menteri Kanan (Keselamatan) itu masih menegaskan untuk mereka supaya tidak membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada kerajaan terlebih dahulu dan ini adalah merupakan satu tindakan yang salah.  Hal ini adalah berikutan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran yang menyatakan satu kenyataan di mana tiada penjarakkan sosial dan sebaris dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atrau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun.

Menurut sumber yang dinyatakan oleh Mstar, Abdul Hadi juga menyelaraskan prosedur operasi standard atau SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk PKPP yang membenarkan kapasiti 100 % kepada semua servis rel kecuali ETS dan KTM intercity.

 

 

Baca juga:

Top 5 TikTok Video Nursajat Yang Paling Kelakar

Top 5 Tiktok #LathiChallenge Yang Paling Menarik

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna