Tiada Lagi Istilah Tidak Mampu! Ajak Suami Kumpul Duit Deposit Rumah Dengan Cara Ni

Kahwin buat grand- grand tapi masih duduk rumah sewa? Donna faham, cakap je pasal nak beli rumah mesti ramai yang mengeluh kerana tidak mampu. Sekarang ni makin lama harga rumah semakin meningkat, jadi kalau tak kumpul dari sekarang sampai bila-bila lah anda tidak merasa untuk duduk rumah sendiri.

Kalau tiada simpanan atau tidak melangsaikan komitmen mungkin akan menyukarkan lagi untuk anda mendapat bantuan daripada pihak bank sekali gus hasrat anda tidak tercapai. Disebabkan itu, anda perlu ketahui berapa wang yang diperlukan sebagai modal pendahuluan.

Secara umumnya kita tahu, 15 peratus daripada harga rumah diperlukan untuk dijadikan sebagai down payment. Sekiranya anda beli rumah secondhand yang bernilai RM 100 000, maka anda kena sediakan RM 15 000 termasuk jumlah deposit rumah dan bayaran guaman, value fee dan lain lain.

Image result for savings

Sumber: thebalance

Cipta Tabung Khas

Set your goals! Tetap jangka masa anda untuk mengumpul wang tersebut, bagi yang sudah berkahwin anda boleh mengajak pasangan untuk bersama-sama menyimpan.

Sebagai contoh, dalam masa 2 tahun anda menyimpan RM 1000 daripada gaji anda. Sekiranya tidak mampu, anda juga boleh kurangkan sedikit jumlah tersebut kepada RM 500.

RM 1000 X 15 Bulan = RM 15 000

Kalau anda mempunyai kerja sampingan , itu lebih baik dan lagi cepat simpanan anda akan cukup.

Related image

Sumber: voicewealth

Keluarkan Duit Daripada KWSP  Akaun 2

Haa ini pentingnya kerja kena ada KWSP, kerana ia sangat membantu anda untuk memiliki sebuah rumah. Anda boleh mengeluarkan duit daripada akaun ke 2 untuk urusan deposit rumah pertama. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh layari di laman web rasmi dan ikuti prosedur yang ditetapkan.

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Susah nak buat simpanan sendiri, jadi apa kata anda bukan akaun ASB dan buat pelaburan. Setiap awal tahun anda boleh gunakan wang tersebut untuk dijadikan sebagai deposit rumah.

Dalam hidup ni, tiada yang mustahil yang penting usaha dan terus berusaha. Ajak suami untuk bersama-sama menyimpan dengan cara ni ia lebih mudah dan cepat untuk memiliki rumah seperti yang diimpikan.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Jimatkan Minyak Kereta Anda! Jom Belajar 5 Driving Hacks Ni Betul-Betul

Bukan Penyakit Biasa-Biasa, Cegah Influenza A Di Rumah Untuk Mengurangkan Penyebaran

 

 

 

 

Sumber: maskulin 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna