Tetap Jatuh Nusyuz Walaupun Mertua Bawa Isteri Keluar Tanpa Kebenaran Suami?

“Sebaik-baik isteri ialah dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah”

( Hadis riwayat Thabrani)

Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri adalah salah satu ciri dan amalan yang boleh seseorang wanita masuk ke dalam syurga dengan mudah. Buat para isteri tanggungjawab anda bukan hanya mentaati kehendak suami bahkan anda juga perlu menjaga maruah diri di belakang suami kerana berdosa besar jika isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain melalui apa cara sekali pun sama ada menerusi telefon bimbit atau media sosial.

Mungkin situasi tersebut sering berlaku, tetapi ramai wanita di luar sana yang terlepas pandang dan memandang ringan tentang keluar rumah tanpa minta kebenaran suami walaupun bersama keluarga mertua. Berdasarkan Irsyad Al-Fatwa Siri 26, jika suami melarang isterinya keluar daripada rumah maka jatuh hukum haram sekiranya mereka ingkar dan wanita tersebut dianggap nusyuz dan berdosa besar.

Image result for wife left house and wants a divorce

Sumber: very well

Definisi Nusyuz 

Sebelum pergi kepada penjelasan yang lebih lanjut tentang hukum keluar dengan mertua tanpa pengetahuan suami, anda perlu memahami terlebih dahulu tentang apa maksud sebenar nusyuz. Dari sudut istilah syarak nusyuz membawa erti secara (ghalib) kebiasaan yang berlaku kepada wanita.

Wanita yang berada dalam keadaan nusyuz apabila seorang isteri ingkar dengan arahan suaminya dan bertindak meninggikan diri daripada apa yang Allah telah tetapkan untuk mentaati suaminya.

 

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ

Hukum Dan Dalil Berkenaan Nusyuz 

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz).

Related image

Sumber: rdkl

Bentuk Nusyuz

  1. Nusyuz Isteri:
    1. Keluar daripada rumah pelamin tanpa keizinan suami dan tanpa uzur. Dikecualikan bagi kes-kes keuzuran seperti:
      1. Keluar berjumpa qadi/hakim untuk menuntut haknya daripada suaminya
      2. Keluar mencari nafkah jika suami tidak mampu menafkahkannya
  • Meminta fatwa daripada mufti sekiranya suami itu bukan seorang faqih dan tidak dapat meminta fatwa bagi pihaknya
  1. Menegah suaminya daripada beristimta` (berasmara) sekalipun pada selain bersetubuh
  2. Bermusafir tanpa izin dan keredhaan suami
  3. Enggan membuka pintu rumah untuk suami masuk
  4. Memenuhi kehendak suaminya kecuali ketika uzur seperti sakit.
  5. Sibuk dengan urusan dirinya apabila suami telah memanggilnya
  6. Enggan pulang ke rumah pelamin setelah diajak oleh suami dan terus tinggal di rumah keluarganya

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (90-92) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili

Image result for istri taat kepada suami

Sumber: republika

Tidak wajar perbuatan mertua jika dia bertindak membawa balik isteri tanpa pengetahuan suaminya. Walaupun keadaan rumah tangga anda dan pasangan tidak begitu baik, tetapi setiap pasangan harus bijak menangani masalah situasi dengan bersabar dan membuat keputusan yang betul.

Walaupun ibu bapa pihak wanita yang menjemput, tetapi ia tetap dilarang dan harus mendapat kebenaran suami. Hukum akan berubah sekiranya keadaan isteri terancam jika pasangannya melakukan jenayah terhadap isteri dan boleh mencederakan suami. Maka tindakan mertua tersebut dianggap sebagai menyelamatkan nyawa seseorang.

Semoga dengan penjelasan ini boleh dapat memberi manfaat kepada anda dan pasangan. Donna harap agar kehidupan rumah tangga anda sentiasa sakinah dan dalam lindungan Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: mediamaklumatmufti

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna