Teruk Dikecam Netizen, Poster Pertandingan TikTok KPT Diturunkan

Perintah Kawalan Pergerakan memaksa semua orang mempunyai lebih masa untuk duduk di dalam rumah. Maksudnya banyak masa untuk masak, bercucuk tanam, atau mencipta hobi. Tak kurang juga ada yang melekat dengan gajet 24 jam. Apa lagi, laman sosial makin meriah musim PKP ini.

Jadi, sekiranya ada sahaja berita yang dianggap pelik, mengejutkan, aneh dan tak sesuai dimuat naik di laman sosial. Cepatlah ia akan menjadi tular. Itulah yang terjadi kepada petandingan TikTok anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.

Pertandingan itu tak lain dan tak bukan bagi menggalakkan orang ramai untuk duduk di rumah berdasarkan kepada hashtag stay safe, kita mesti menang, dan ke sana ke sini.

Bukan itu sahaja, sebuah video bagi mengajak orang ramai untuk menyertai pertandingan Tiktok juga dimuat naik di laman sosial. Turut berada dalam video berkenaan ialah dua orang influencer yang tidak diketahui latar belakangnya.

Pertandingan itu dianggap tidak sesuai untuk dianjurkan pada masa sekarang apa lagi ia datang dari kementerian yang mempunyai portfolio menjaga kebajikan mahasiswa.

Netizen memberikan pandangan agar kementerian tetap memberi fokus kepada beberapa isu berkaitan mahasiswa seperti e-learning sepanjang tempoh pandemik ini.

Hasrat kementerian untuk ajak orang duduk rumah memang baik. Namun caranya dianggap kurang sesuai. Mungkin kalau kementerian anjurkan tiktok cara belajar dari rumah, penerimaan orang akan berbeza.

Apa pun, poster pertandingan tersebut telah dipadamkan pagi ini. Tapi arahan untuk kekal duduk di dalam rumah tetap berjalan ya. Jangan lupa untuk lakukan penjarakkan sosial dan kerap cuci tangan tau!

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna