Tertunjuk Perangainya Sebenar, Sherry Al-Hadad Buat Lisa Surihani Hilang Ayu

Pelakon berbakat, Lisa Surihani dikenali dengan seorang yang mempunyai personaliti ayu, sopan-santun dan lemah-lembut. Kalau kita tengok balik kontroversi tentang dirinya dalam dunia industri ni, tak la banyak mana dan kalau ada pun kebanyakannya soal jodoh. Jaranglah dia timbulkan kontroversi yang tak baik.

Tapi, baru-baru ini seorang pengguna twitter telah membongkarkan sisi Lisa yang sebenar. Apalah yang Lisa dah buat ni? Jom lihat video pendek berikut menerusi sebuah rancangan The Sherry Show yang menampilkan artis jemputan iaitu Lisa Surhani dan Adibah Noor. Mesti anda semua pun tak sangka Lisa berkelakuan begitu.

“Hilang ayu dia…”

Terhibur sangat tu Lisa sampai gelak pun tak boleh kawal dah. Kami pula geli hati tengok Lisa terkejut lepas gelak besar. Comel je! Untung Yusry dapat isteri yang tahu jaga adab bila depan orang tapi itulah, terkantoi juga akhirnya, ihiks!

“Comel je…”

Tweet tersebut mendapat sambutan dari netizen. Lebih 12 ribu retweet dan 15 ribu orang membanjiri ruangan reply. Rata-rata mereka turut terhibur dan memuji personaliti Lisa walaupun gelak besar tapi masih kelihatan comel.

Alahai… Mesti tebal muka Lisa tu. Takpelah, janji Lisa tetap cantik dan comel di mata kami semua.

Untuk bacaan artikel lebih menarik, klik senarai artikel di sini: Tampil Berhijab Selepas Tunaikan Umrah, Ini Komen Lisa Surihani , Skirt Labuh Gaya ‘Selamat’ Buat Wanita Kelihatan Anggun

 

Keyword : DonnaXsangkar

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna