Terpisah Antara Kawat Duri, Video Salam Raya Di Sempadan Negeri Buat Netizen Sebak

Tak pernah terfikir hari perayaan, kerajaan mengeluarkan arahan semua orang tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Fuh! Dugaan lain macam betul tahun ni.

Kalau kita lihat raya pertama lalu, ramai yang berkongsi saat panggilan video dilakukan bersama keluarga yang terpisah jauh. Ada yang sedih, ada yang lucu dan ada yang seronok walaupun dapat bertemu di skrin.

Pertemuan ‘istimewa’…

Tapi, apa yang menarik perhatian kami lagi apabila sebuah video tular yang menunjukkan pertemuan ‘istimewa’ antara dua individu di sempadan Hulu Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri.

Pertemuan itu juga menunjukkan mereka bersalaman dengan perasaan sedih ditambah pula dengan lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah. Memang menusuk ke lubuk hati betul! Jom lihat video berikut.

Menurut salah seorang pengguna media sosial, hubungan dua individu yang bertemu di jambatan adalah ayah dan anak menantu tapi ada juga desas-desus mengatakan mereka adalah adik-beradik.

Tak kiralah apa pun hubungan dua insan ini, raya tahun 2020 akan melakar sejarah yang paling diingati kerana tidak ada siapa dibenarkan untuk merentas negeri dan beraya dengan norma baru.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pulang Ke Kampung Bulan Ramadan Tak Dibenarkan,” – Menteri Kanan Pertahanan

Seminggu Awal Pacak Khemah! Lebih 20 ‘Roadblock’ Rentas Negeri Dah Bermula

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna