Terkucil Ketika Bersenam Atau Bersin? Atasi Masalah Kawalan Kencing

Antara masalah yang kerap berlaku dalam kesihatan wanita adalah masalah kegagalan mengawal kencing. Yang sering kita dengar adalah kerana wanita itu hamil dan itu adalah salah satu masalah sampingan yang biasa. Jadi, daripada itu akibat batuk yang kuat akan menyebabkan wanita hamil akan terkencing.

Walau bagaimanapun, adakah ia masalah sama bagi mereka yang tidak hamil?Sehinggakan mahu menjalani kehidupan harian turut terganggu. Tambahan pula, masalah terkucil ini berlaku di tempat awam. Alahai malu sungguh dibuatnya!

Perkara ini sebenarnya digelar sebagai Stress Urinary Incontinence atau SUI dan kebanyakkan yang mengalami masalah ini adalah golongan wanita yang sudah berumah tangga. Ianya berlaku dengan terkeluarnya air kencing dengan tanpa sengaja.  Usah risau ladies, mari Donna kongsikan mengapa perkara ini boleh berlaku dan cara-cara mengatasinya.

Terdapat beberapa situasi yang melibatkan SUI ini berlaku. Antaranya adalah :-

  • Pergerakkan Keluar Daripada Kereta
  • Batuk Dengan Kuat
  • Ketawa
  • Berdiri
  • Bersin
  • Bersenam
  • Mengangkat Berat
  • Ketika Bersetubuh Bersama Suami

Senaman

Bukan sebarang senaman yang boleh anda lakukan untuk rawatinya. Jika masih berada di peringkat awal, adalah dinasihatkan untuk melakukan satu senaman utama iaitu senaman kemut atau kegel. Caranya mudah sahaja, kemut selama 5 saat dan biarkan otot rehat selama 5 saat. Ulangkan selama 10 kali dan ambil masa untuk melakukannya sekurang-kurangnya tiga kali satu hari.

Foto:www.pthealth.ca

Rawatan Hormon

Rawatan hormon adalah untuk tujuan tertentu. Bergantung juga kepada tahap masalah yang anda hadapi. Untuk yang ini, biasanya ujian darah akan dilakukan dan bergantung dengan paras hormon akan menentukan untuk rawatan melakui krim atau pil.

Radiofrekuensi

Bukan radio-radio seperti Fly.FM atau Kool.FM ya. Ini radio yang berkait dengan rawatan. Dilakukan ketika tiada berlakunya haid dan akan dimulakan dengan ujian pap smear terlebih dahulu. Sejenis alat akan dimasukkan ke dalam faraj wanita dan dinaikan suhu sehingga 41 darjah Celsius.

Usah risau, anda hanya akan merasa suam dalam bahagian faraj dan rawatan tersebut akan mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. Rawatan ini juga membantu mengetatkan lubang faraj yang longgar bagi wanita selepas bersalin.

Jika perlu, rawatan ini akan dilakukan lebih kurang tiga kali sebulan dan tiada pantang yang harus dijaga selepas rawatan termasuk pantang dari hubungan intim bersama suami.

Terdapat beberapa lagi pilihan rawatan yang lain seperti rawatan laser dan juga pembedahan. Bukan mahu menakutkan anda, namun jika tidak melakukan rawatan dengan segera akan terdapat komplikasi yang berlaku. Antara komplikasi tersebut adalah, keradangan kulit kerana air kencing, masalah depresi akibat daripada mengelakkan diri daripada aktiviti dan pergaulan sosial yang sihat dan diperlukan untuk minda.

Jika berkaitan dengan isu kesihatan luaran mahupun dalaman, tolak tepi dulu perasan malu. Jika memikirkan perasan malu, kesihatan diri akan menjadi lebih teruk!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Minggunwanita.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna