Teringin Keropok Lekor Panas-Panas? Pakai Mi Segera Je Senang Dan Ringkas

Teksturnya yang ranggup dihidangkan pula sewaktu panas-panas, umphh memang sedap kalau dapat makan keropok lekor yang baru digoreng ni! Kebiasaanya ia terdapat di pasar malam atau gerai yang berada di tepi jalan, tapi kalau dah mengidam sangat anda pun boleh buat sendiri di rumah.

Jangan risau tak perlu pakai isi ikan pun dah boleh hasilkan keropok yang sedap dan ringkas. Nak tahu apa bahan yang digunakan, haa jom lihat di bawah.

Related image

Sumber: hungry

 

Bahan- bahan 

  • 1 Bungkus Mi segera
  • 1 Paket Serbuk kari
  • 1 Biji telur
  • 6 Sudu Besar tepung ubi
  • 2 Sudu Besar tepung gandum

Cara Penyediaan 

Kisar mi segera dan telur bersama sedikit garam. Kemudian campurkan tepung ubi dan gandum untuk membuat adunan, uli sehingga ia tidak melekat di tangan anda. Uli doh panjang-panjang seperti keropok lekor, sementara itu rebus air sehingga ia mendidih dan masukkan doh. Untuk pastikan ianya masak tunggu sehingga doh timbul di permukaan air dan toskan. Potong ikut citarasa anda kemudian goreng dan siap!

Buat yang teringin keropok lekor tu, boleh la cuba resepi di atas. Tak perlu sampai ke Terengganu pun dah boleh hasilkan keropok lekor hiks! Untuk artikel yang lebih menarik, anda boleh klik di sini

Pakaikan Si Manja Memang Comel, Tapi Pelbagai Risiko Boleh Terjadi!

 

 

 

 

 

Sumber: iluminasi 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna