Teringin Anak Perempuan? Cergas Amalkan Posisi Ini!

Seronok kalau dapat anak perempuan. Boleh pakaikan baju cantik-cantik. Dah besar senang tolong mak buat kerja rumah!”

Tiada bukti yang benar-benar mengatakan suami isteri boleh memilih jantina anak kecuali dengan keizinan Tuhan. Namun, dalam sains mengatakan jantina anak boleh ditentukan oleh ciri-ciri kromosom daripada lelaki. Sperma membawa kromosom X dan Y. Ovum pula hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bergabung dengan kromosom isteri, maka yang terhasil adalah kebarangkalian iaitu XX untuk mendapat jantina perempuan atau XY untuk jantina lelaki. Untuk mendapat peluang gabungan XX (zuriat perempuan), ini antara yang dicadangkan untuk suami isteri lakukan.

Sumber Foto: Google Image

Waktu Subur Yang Tepat – Sperma dengan kromosom X bergerak lebih perlahan namun punya jangka hayat lebih 24 jam. Dicadangkan hubungan suami isteri perlu dilakukan antara dua hingga empat hari sebelum berlakunya ovulasi agar adanya percantuman sperma kromosom X bersama ovum kromosom X.

Amal Makanan Berkalsium & Magnesium – Suami perlu banyakkan minum susu dan makan keju, yogurt, nasi, pasta, ubi kentang dan sayur-sayuran.

Elak Makanan Bergaram – Suami perlu elakkan makanan bergaram, kopi dan juga teh ketika proses mendapatkan kromosom X

Suami Klimaks Dahulu – Apabila suami mencapai kepuasan terlebih dahulu, ia melepaskan keadaan yang lebih berasid dan merangsang pergerakan sperma kromosom X.

Lakukan Seks Dengan Kerap – Kekerapan melakukan hubungan intim merendahkan bilangan sperma kromosom Y dan X, namun memandangkan kromosom X walaupun jumlahnya sedikit namun hidup lama, boleh berenang untuk bercantum dengan ovum.

Mandi Air Panas Selepas Bersama
Sperma kromosom Y tidak aktif dalam suasana panas. Oleh itu, isteri digalakkan berendam dalam air panas selepas hubungan intim untuk mengurangkan pergerakan sperma kromosom Y ke ovum sebaliknya biar kromosom X bergerak pantas.

Posisi Seks Main Peranan Jantina Anak – Untuk cuba mendapatkan anak perempuan, anda dan pasangan boleh lakukan posisi ini ketika melakukan hubungan intim:

Sumber Foto: theasianparent

  • Posisi Gaya Missionary – Posisi ini sangat biasa tetapi ia memang posisi yang dapat membantu wanita hamil anak perempuan. Posisi ini mengurangkan tusukan zakar, maka ia memberi kelebihan pada sperma X.

Sumber Foto: theasianparent

  • Posisi Gaya Spooning – Seperti posisi gaya missionaryspooning akan membantu anda dapat hamil anak perempuan kerana ia mengurangkan tujahan. Kaki anda akan menghalang zakar suami masuk lebih dalam.

Sumber Foto: theasianparent

  • Posisi Wanita Mendayung – Isrteri tidak boleh melakukan dayungan terlalu lama, dan yang paling penting, suami tidak boleh melakukan tujahan terlalu dalam.

 

 

 

 

 

 

Sumber: theasianparent fimela.com 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna