“Terima Kasih Sebab Pernah Bahagiakan Saya,”- Mahligai Cinta Alha Alfa Musnah

“Jodoh tak lama,”

Itulah yang boleh dikatakan bagi menceritakan mahligai cinta yang dibina oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa bersama Noor Azlin musnah setelah enam bulan berkahwin.

Walaupun Alha cuba untuk merahsiakan penceraiannya, namun sudah takdir agaknya, perkara ini tetap juga perlu diberitahu kepada umum. Menyifatkan perpisahan ini sebagai dugaan berat dalam hidup, mereka bagaimanapun menamatkan rumah tangga ini secara damai.

Sumber: Remaja

“Terima kasih kepada bekas isteri kerana membahagiakan saya selama setahun setengah bersama. 

“Mungkin beliau masih muda dan impikan hidup bersama, sedangkan pekerjaan ini dan masa saya sangat terhad. Saya berkahwin ketika perniagaan sedang naik. Banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan pada masa tua nanti bersamanya, terhenti di sini.

“Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja luar dan lain-lain lagi membuatkan beliau (Azlin) tidak boleh terima kerjaya saya.

Sumber: Nona

“Benda ini akan menjadi perselisihan faham apabila saya hendak pergi kerja. Saya risau nak keluar rumah untuk bekerja… Saya hampir hilang diri saya,” katanya.

Alha turut berkongsi rutin hariannya yang padat seperti pengambaran dan kerja luar seterusnya menyebabkan perselisihan faham. Namun, dia tidak mahu memaksa bekas isteri untuk memahaminya.

Bukan itu sahaja, bekas isterinya pernah mengalami keguguran.

“Mungkin belum rezeki. Tetapi apa yang saya pertahankan ini tidak panjang. Saya tidak mahu dia kemurungan, tekanan berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan sebagainya,” katanya lagi.

Sumber: Nona

Pernah menghalang isterinya daripada mencederakan diri, Alha sempat memuatnaik gambar di badannya namun sudah dipadamkan beberapa minit selepas itu.

“Ini sangat menakutkan saya. Jadi, saya melepaskan dia sebaiknya. Saya tidak boleh berhenti bekerja dalam bidang ini. Ini mata pencarian, syarikat dan kakitangan saya. Kalau saya mengalah, semuanya habis.

“Tidak mengapa, semoga dia berjumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya. Maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga. Saya kena terus kuat mnempuh ujian Allah ini,” tambahnya lagi.

Sama-sama kita doakan agar mereka tabah menerima ujian ini. Kalau sudah jodoh, pasti akan bersama kembali. Tapi kalau bukan, pasti Tuhan akan memberikan sesuatu yang lebih baik.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna