“Terima Kasih Kerana Akhirnya Nampak Penulisan Puisi Puteri…”- Puteri Balqis Zahirkan Rasa Syukur

Akhirnya penulisan Puteri dibaca oleh ramai peminat”

Itu lah kata-kata seorang ibu yang menahan keperitan dan kesusahan bersama seorang anaknya yang merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) 2014, Puteri Balqis  berusia 13 tahun yang menghidap ‘penyakit hati’.

Setiap ujian yang diberikan oleh Tuhan itu indah, begitu juga dengan mereka yang pada awalnya diterima dan disanjung ketika Puteri meningkat naik dan menempa nama dalam industri seni. Namun segalanya hilang, di mana sokongan dan semangat yang diperlukan saat mereka menghadapi keperitan untuk meneruskan kehidupan.

Image result for puteri balqis

Sumber: iamlejen

Pernah Dihalau Dari Rumah

Tidak mampu membayar rumah sewa bulanan, mereka pernah dihalau dan terpaksa panaskan lauk pauk yang ada untuk berjimat-cermat. Jika ada rezeki lebih ibu Balqis akan memasak lebih daripada satu lauk dan simpan untuk dalam peti sejuk agar boleh dimakan untuk hari lain.

Image result for puteri balqis sakit

Sumber: hype

Kemenangan Ada, Cuma Tidak Tahu Bila

Buku puisi penulisan Balqis merupakan salah satu cara bagi membantu mereka untuk menampung kehidupan dan ingin berdikari untuk mencari nafkah sendiri tanpa menerima bantuan orang lain.

“Puteri tak pernah sangka, sebab tu Ibu selalu cakap pasti akan ada kemenangan cuma bila, bagaimana pencipta pegang waktu.

Kerap ulang alik dari rumah ke Setia Alam, Balqis dan juga ibunya tidak pernah berputus asa dengan apa yang menduga mereka. Usaha menjual puisi di jalanan akhirnya mendapat perhatian orang ramai dan ramai yang menyokong mereka dengan membeli naskhah tersebut.

Anak yang pengorbanannya sama tinggi dengan ibunya, jiwa Balqis dan sifat keteguhan dalam diri memang tak dapat disangkal lagi. Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata orang ramai dan terus memberi sokongan buat mereka untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Menarik & Kreatif! Idea Snek Untuk Parti Kanak-Kanak Versi Sihat

Sayang Redha Abang Kahwin Lain Tapi Isteri Dai Farhan Minta Jangan Viralkan Perkahwinan

 

 

 

 

 

Sumber: youtube MHI & hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna