Terharunya, Wanita NZ Pakai Tudung Jumaat Ini Seminggu Selepas 50 Terbunuh

Banyak foto dan video bertebaran di laman sosial menunjukkan tanda kesedihan juga sokongan terhadap penduduk Islam selepas 50 orang dibunuh dalam dua masjid di New Zealand minggu lalu.

Lebih mengharukan apabila wanita New Zealand memilih untuk memakai selendang/tudung pada hari ini, seminggu selepas kejadian ngeri tersebut untuk menunjukkan mereka juga merasai kesedihan penduduk Islam di sana.

Seorang doktor di Auckland, Thaya Ashman, muncul dengan idea menggalakkan wanita memakai selendang selepas mendengar seorang wanita terlalu takut untuk keluar kerana merasakan tudung kepala menjadikannya sasaran keganasan.

“Saya mahu mengatakan: ‘Kami bersama anda, kami mahu anda merasa di negara sendiri, kami menyayangi, menyokong dan menghormati anda,” kata Thaya.

Ketika penduduk bersiap sedia bersolat di sebuah taman di hadapan Masjid Al Noor, di mana mangsa dibunuh pengganas Australia, Brenton Tarrant, minggu lalu, wanita di Auckland, Wellington menghantar gambar mereka memakai selendang, sesetengah kanak-kanak turut memakainya.

“Mengapa saya memakai selendang hari ini? Alasan utama saya ialah jika sesiapa muncul sambil menghalakan senapang, saya mahu berdiri di antara penyerang dan sesiapa yang ditujukannya.

“Saya mahu mereka tidak dapat membezakan, kerana tiada perbezaan,” kata mereka.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dipuji minggu lalu kerana memakai selendang hitam ketika bertemu penduduk Islam susulan insiden tembakan.

Seorang pegawai polis wanita berkawal di kawasan perkuburan di mana mangsa tembakan dikebumikan semalam, sambil memakai selendang dan senjata automatik di tangan.

Rachel MacGregor, yang menyertai kempen Head Scarf for Harmony berkata, beliau merasa ragu-ragu keluar memakai selendang dan diperhatikan ketika memasuki bangunan pejabat.

“Ia memberi saya menghargai perasaan sebagai minoriti dan memakai pakaian yang biasanya tidak dipakai golongan majoriti,” katanya di Auckland.

Sumber:  LAWeekly,  Bharian

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna