Tergamak! Suami Tak Berhati Perut Doa Isteri Mati Waktu Bersalin

Mengandung sepatutnya menjadi fasa paling berharga antara suami isteri. Waktu inilah suami perlu berada di sisi isteri untuk memberikan sokongan moral kerana membawa anak dalam kandungan bukanlah pekerjaan yang mudah. Adakalanya si ibu akan sakit tulang belakang, lengkuh kaki ketika berjalan. Itu belum lagi yang alahan dan muntah-muntah.

Namun, lain pula cerita yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Erin di laman sosial mengenai pengalaman pahitnya apabila suami tidak mengendahkan dirinya sepanjang mengandung.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyedihkan ialah bekas suaminya pernah mendoakan agar dia mati semasa melahirkan anak dalam kandungan dan menceraikannya dengan talak tiga!

Dalam perkongsian di Twitter, Erin juga menceritakan kekecewaannya apabila bekas suami menceraikan dia dengan talak tiga. Alasannya, bekas suami menuduh anak dalam kandungannya bukan miliknya.

Erin juga terpaksa mengharungi hari-hari sukar apabila turun naik mahkamah dengan perut yang besar bagi menyelesaikan kes ini. Bekas suami pula tak nak beri kerjasama.

Hati mana yang tak sedih apabila anaknya dihina. Maka, Erin sanggup lakukan apa sahaja untuk mempertahankan anaknya walaupun dari orang yang bergelar bekas suami.

Benarlah ujian yang diberikan berbeza-beza mengikut kemampuannya. Inilah yang akan menguatkan kita di masa hadapan. Semoga anak Erin yang comel itu akan membesar menjadi anak yang menyenangkan hati orang tua.

Bekas suami memang wujud, tapi tiada istilah bekas anak. Kasih sayang kepada anak-anak akan selalu ada dan berpanjangan sampai bila-bila.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter Erin

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna