“Terbaik!” – Lelaki India Berjaya Selamatkan Wanita Melayu Dari Bunuh Diri

Sedang negara Amerika bergelut dengan isu perkauman kes kematian individu berkulit gelap, George Floyd. Di Malaysia lain pula ceritanya. Ha, cerita apa tu?

Seperti semua orang tahu, negara Malaysia adalah negara harmoni walaupun mempunyai pelbagai bangsa dan etnik. Buktinya, sebuah video tular yang menunjukkan seorang lelaki India menyelamatkan wanita melayu daripada cubaan membunuh diri.

Rakaman video tersebut…

Rakaman video ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran, Mesh.

Posted by Mesh on Tuesday, June 9, 2020

Tak semua India mabuk…

Mesh turut menulis kapsyen ringkas menerusi posting tersebut. Menurutnya, seorang lelaki India keluar dari kereta dan selamatkan wanita melayu dari cubaan membunuh diri di sebuah jambatan.

Malah, hashtag yang digunakan ‘tak semua india kaki mabuk’ dalam bahasa Inggeris menarik perhatian kami. Ringkas tapi memberi maksud yang mendalam.

Mungkin sejak kebelakangan ni, timbul isu pemandu mabuk dari kalangan India. Jadi kami ingin tekankan, jangan disebabkan satu nila setitik, rosak susu sebelanga, okay?

Tidak cukup dengan itu, posting Mesh juga dibanjiri dengan pujian “terbaik” kerana membantu wanita melayu tanpa memikirkan soal kaum. Semoga akak yang dalam masalah tu, dapat menyelesaikan masalah dengan mudah.

Percayalah setiap dugaan yang menimpa ada jalan keluar.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

Lelaki Cina & Rider Perempuan Foodpanda Diterajang Tarik Balik Laporan Polis

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna