Kuku Kuning? Anda Mungkin Penghidap Penyakit Kronik

Kuku yang sihat boleh dilihat dari segi kebersihannya, mempunyai permukaan licin tanpa alur dan warna seragam. Ia harus bebas daripada tompokan, berubah warna atau menjadi pudar.”

Anda perasan atau tidak, kadangkala apabila kita tidak sihat dan pergi mendapat rawatan di klinik, doktor sering melihat keadaan kuku kita terlebih dahulu sambil memeriksa mata dan sebagainya. Tahukah anda kuku mempunyai fungsi tersendiri dan boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti penyakit tertentu. Warna sebenar kuku mengikut rona dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Justeru, warna kuku boleh mencerminkan tahap kesihatan diri seseorang. Kuku yang sihat boleh dilihat dari segi kebersihannya, mempunyai permukaan licin tanpa alur dan warna seragam. Ia harus bebas daripada tompokan, berubah warna atau menjadi pudar. Cuba semak panduan ini dan bandingkan dengan kuku anda.

  • Kuku putih – Kegagalan buah pinggang.
  • Kuku kekuningan – Ini biasanya berkaitan dengan penyakit pernafasan seperti bronkitis kronik. Kuku kelihatan menebal dan pertumbuhannya perlahan lalu menyebabkan kuku berubah menjadi warna kuning.
  • Lekuk melintang di atas kuku – Lekukan melintang ini dipanggil garis Beau. Lekukan ini berkembang di bawah kutikel apabila pertumbuhan kuku diganggu oleh kecederaan atau penyakit yang teruk.
  • Kuku berbintik – Kuku mempunyai lekukan kecil di atasnya. Ia dikaitkan dengan masalah kulit yang dipanggil psoriasis dan beberapa keadaan autoimun.
  • Kuku bergulung – Berpunca daripada jangkitan kulat.
  • Kuku cembung – Keadaan hujung jari membengkak dan kuku berlekuk di sekelilingnya. Ia berkaitan dengan penyakit jantung, paru-paru, usus, atau penyakit hati. Dalam keadaan tertentu bagi penyakit jantung, warna kuku clubbing boleh menjadi biru.
  • Kuku sudu – Kuku nipis dan melengkung keluar yang dikaitkan dengan masalah anemia (kurang zat besi).

Sumber Foto: Google Image

 

Sumber Foto:health.howstuffworks.com

 

OH MY KUKU!

Ramai mengaku yang mereka tidak mengambil berat terhadap bahagian ini kerana menganggap ia tidak penting. Sebenarnya, kuku juga memainkan peranan penting dalam soal penampilan. Jangan lupa setiap kali berbicara, tangan kita turut bergerak dan pastinya kuku antara anggota yang mudah dilihat. Malunya, kalau muka dan pakaian dah cantik, tapi bila tengok kuku…ya ampun! Untuk dapatkan kuku yang sihat dan cantik, praktikan ini:

Sumber Foto: 123rf.com

  • Pastikan anda potong kuku dengan cara yang betul. Potong kuku kaki dengan lurus.
  • Jangan cungkil bahagian tepi kuku bagi mengelakkan cagu dan jangkitan penyakit.
  • Jangan membuang kutikel kuku. Membuang kutikel boleh mendedahkan kuku kepada jangkitan.
  • Untuk memotong kuku yang panjang, penggunaan pemotong kuku yang tajam amat disarankan.
  • Apabila menggunakan pembersih dan pelembap tangan, gosok juga pada bahagian kuku dan kutikel bagi membersihkan kawasan yang tidak dapat dicapai oleh pemotong.
  • Elakkan menggunakan penanggal pengilat kuku terlalu kerap. Hadkan penggunaan iaitu maksimum sekali seminggu.
  • Penggunaan krim kuku mampu buatkan kuku lebih sihat dan kuat.
  • Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

 

Sumber: myhealth.gov.my

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna