Tengok Apa Atas Meja Kerja Anda Sekarang, 5 Barang Ini Sepatutnya Tak Wujud!

Datang sahaja office, sejuk mata memandang keadaan meja kerja yang rapi dan tersusun. Kalau meja kerja pun macam tongkang pecah, jiwa dan raga kita pun serabut. Jangan tak tahu, meja kerja menunjukkan personaliti seseorang individu tau.

Oleh itu, anda kenalah tahu beberapa perkara yang tidak seharusnya diletakkan di atas meja kerja. Tak kisahlah meja kerja anda jenis ialah cubicle atau terbuka. Jom baca apakah antara barangan yang sepatutnya tidak ada di atas meja kerja anda.

via GIPHY

Bekal makan tengahari

Anda mesti ingat makan tengahari di atas meja kerja adalah ciri pekerja yang produktif. Kreativiti seseorang boleh diasah sekiranya mereka mengubah keadaan dan suasana sekelilingnya. Oleh itu, anda digalakkan untuk bergaul dan menikmati makan tengahari selain di meja kerja.

Gelas kotor

Memang bagus menikmati kopi untuk memberikan anda tenaga di pagi hari. Namun jangan biarkan gelas yang kotor itu terus berada di atas meja. Rajin-rajinkan diri  untuk mencucinya di dapur. Ewww!

via GIPHY

Barang politik

Tidak salah untuk berminat menyertai politik. Namun anda harus ingat, setiap orang mempunyai kecenderungan politik yang berbeza. Jika anda meletakkan barang-barang politik di atas meja kerja, ia akan menimbulkan perasaan tidak senang kepada rakan sekerja.

Barang pembersihan diri

Mungkin normal bagi perempuan untuk memiliki losyen kulit di atas meja kerja. Tapi janganlah sampai anda letakkan berus gigi, sepit rambut, pemotong kuku dan deodorant di atas meja. Sepatutnya ia diletakkan di rumah.

via GIPHY

Pewangi

Semua orang sukakan wangian. Tapi tak semua suka bau yang terlalu kuat. Anda perlu berhati-hati memilih wangian bilik. Ada bau yang kena dengan jiwa anda namun ia adalah sesuatu yang menggangu untuk orang lain. Ia sekaligus akan mengganggu fokus kerja orang lain.

Meja yang kemas secara tak langsung memberikan aura kepada orang sekeliling untuk mendekati anda. Nampaklah anda seorang yang kemas dan teratur. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna