Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

Hari ni genap 20 hari perlaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) berlangsung. Sepanjang hampir tiga minggu ini, pelbagai ragam rakyat Malaysia sehingga kerajaan terpaksa menghantar bantuan dari pihak askar membantu pihak polis untuk mengawal keadaan. Manakan tidak, ramai yang ingkar mematuhi arahan stay at home yang dikeluarkan kerajaan.

Namun siapa sangka, di saat negara Malaysia sedang sibuk berusaha memutuskan rantaian wabak berjangkit COVID-19 ini, ada satu kejadian yang tak disangka berlaku di sebuah pantai Langkawi. OMG!

Mereka berenang ke persisiran pantai…

Menurut posting Facebook Info Kesihatan Malaysia, lebih 200 pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dilaporkan telah mendarat di sebuah pulau dengan menaiki bot di kawasan peranginan berdekatan Pantai Teluk Nibong Langkawi semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5 pagi yang disedari oleh penduduk Kampung Kuala Teriang sendiri. Kumpulan perlarian itu juga dikatakan berenang beramai-ramai selepas sampai berdekatan dengan kawasan persisiran pantai.

Apa tindakan Maritim Malaysia?

Selepas penduduk Kampung menyedari bot yang dinaiki pelarian yang dilihat berada kira-kira 500 meter dari kawasan pantai, mereka terus memaklumkannya kepada pihak polis dan Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Kami lihat ramai lelaki berenang ke arah pantai tapi kami tak dapat keluar untuk membantu kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi kami menghubungi pihak bertugas,” maklum salah seorang penduduk Kampung Kuala Teriang.

Kemudian, kesemua kumpulan PATI yang terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan dan mereka ditahan dan di bawa ke Bilik Tahanan Maritim Kedah dan Perlis di Bukit Malut.

Bagaimanapun, menurut laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beberapa etnik Rohingya yang memang sudah berada di Malaysia telah menjalani saringan kesihatan di pusat saringan di Pasar Borong Selayang didapati positif koronavirus (Covid-19).

Harap kumpulan pelarian yang berjaya ditangkap di Langkawi ini turut menjalani ujian COVID-19 untuk memastikan wabak tidak menular dan mereka hantar terus ke negara asal.

 

 

Dapatkan tawaran menarik dengan hanya klik link ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Spot Best Di Langkawi Untuk Percutian Bersama Anak

Kerja Rumah Ini Mampu Bakar Lebih Kurang 200 Kalori Badan Anda

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: BHinfokesihatanmalaysia

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna