“Tengah Sarat Mengandung Pun Suara Sedap” – Vokal Shila Amzah Tak Berubah

Menjual bakat di luar negara bukan perkara mudah tapi usaha penyanyi Shila Amzah membuahkan hasil apabila namanya menjadi kegilaan orang ramai di negara China kerana vokalnya yang mantap. Tambah pula kefasihan Shila dalam Bahasa Mandarin. Fuh! Kalau dah bakat nyanyian dihargai oleh orang luar, kira memang bagus la ni.

Apa yang membuatkan kami terpegun dengan kehebatan vokal pelantun lagu Tiada Dirimu ni adalah suaranya kekal hebat walaupun sedang sarat mengandung lebih kurang 8 bulan. Tak percaya, jom lihat video pendek ketika dia membuat persembahan di pentas kecil muzik-muzik dan studio Jamming Hot.

Muzik-muzik

Jamming hotfm

“Superb awesome!”

Lihat sajalah rakan seperjuangan Shila, Amylea Azizan komen suara anak kepada ND Lalayang lunak. Lagipun bukan mudah untuk membuat persembahan secara live sebenarnya.

“Sedapnya suara mak buyung…”

“Nampak tak larat, tapi menyanyi terbaik…”

Tak cukup dengan komen, bahagian instastory pun dipenuhi komen pujian untuk kelunakkan suaranya.

Pandai Shila menjaga kesihatan, tak nampak semput pun masa menyanyi. Semoga dengan rezeki bakal kelahiran cahaya mata pertama nanti, lagu Shila dapat menang dalam anugerah muzik-muzik. Apa pun, kami doakan agar semuanya dipemudahkan. Lots of love Shila!

Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Tak Ramai Yang Tahu Perkara Yang Lelaki Tertarik Pada Wanita , Patutlah Suara Misha Omar Berhantu! Tengoklah Cara Dia Berlatih Vokal

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna