“Tengah Belajar Nak Sebut Ayat Al-Quran…” – Michael Ang

Namanya mula dikenali ramai selepas mengarah drama bersiri rantaian, Suri Hati Mr. Pilot yang pernah meletup beberapa tahun lepas, siapa lagi kalau bukan Michael Ang.

Hujung bulan April lalu, dirinya telah mengeluarkan pengakuan menerusi akaun Instagram miliknya yang mengejutkan ramai pihak. Dia mengakui dirinya sudah memeluk Islam selama setahun dan minta tunjuk ajar dirinya yang masih serba kekurangan. Wah! Dalam diam dia mempelajari selok-belok agama suci.

BACA: Sisi Selebriti: Michael Ang

Menurut rakan baiknya, Neelofa mengatakan apabila di set penggembaraan, Michael sering mempersoalkan tentang ajaran Islam sehingga membuat dirinya meluat, marah dan geram kerana ada saja hujah yang nak dibidas. Tapi, Neelofa tak sangka yang sebenarnya ketika itu Michael sedang mendalami agama Islam secara senyap-senyap.

Baru-baru ini pihak kami sempat menemubual pengarah berusia 43 tahun di sebuah majlis perlancaran. Kami menembual tentang pengalamananya berpuasa apabila bergelar Muslim selama setahun.

“Puasa kali ini tidak seronok seperti tahun lalu kerana tahun lalu saya dapat berpuasa dengan tenang dan ‘kantoi’ puasa hanya 5 atau 6 hari je. Tapi, disebabkan Ramadan tahun ini keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan untuk saya berpuasa penuh, jadi saya sedang fikir macam mana nak ganti puasa yang banyak hari tertinggal ni,”

Katanya sambil tertawa selepas membuat kenyataan bahawa kesihatannya tidak berapa baik sehingga perlu menjalani proses pembedahan dan mengambil ubat sehingga terpaksa membatalkan puasa.

Apabila ditanya, apakah perkara yang masih lagi dirinya istiqamah mempelajari tentang agama Islam, Michael menjawab bahawa dirinya sedang dan sentiasa belajar menyebut bahasa Arab dengan betul. Dia terpaksa menggunakan earpiece bila mendirikan solat untuk mendengar bacaan surah dengan betul.

Earpiece tu sangat membantu saya untuk menyebut ayat Al-Quran dengan betul dan tepat tapi buat masa sekarang untuk saya mengingati ayat Al-Quran, agak sukar sebab saya pun masih belajar lagi, banyak nak kena perbaiki dan jauh lagi perjalanan saya” katanya ketika ditemubual.

Nampak tak kegigihan Michael Ang untuk mendalami agama Islam? Kita yang sudah sedia dilahirkan dalam agama Islam ni takkan tak nak belajar? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semoga Michael menjadi muslim yang berjaya dunia akhirat.

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna