Tenang,Tak Perlu Sentap Dengan Kata-Kata Mertua

Pernah dengar tak orang kata, berkahwin ni bukan hanya komitmen kepada suami malah juga kepada keluarga mertua. Macam-macam cara memikat hati mertua pernah Donna kongsikan, namun bagaimanapun tak semua mertua akan terpikat dengan cara yang anda gunakan. Ada kalanya kita tetap terpaksa menahan sabar dan menadah telinga dengan kata-kata kurang manis daripada mertua. Mungkin perkongsian ini dapat membantu buat anda menantu-menantu semua.

Image result for mother in law with daughter

Sumber: sixty

Pasti ada di antara anda yang sudah lama memendam rasa dengan perkataan mertua. Perkara sebegini sudah menjadi lumrah kerana ia adalah perkara yang tidak dapat dikawal. Ingat, jangan pernah membalas! Jadikan setiap kata-kata yang tidak baik itu menjadikan diri anda lebih positif dari hari ke hari. Layan dan berkomunikasi seperti biasa dan elakkan untuk meninggikan suara.

Related image

Sumber: patrick

Jika anda tidak dapat mengawalnya, kurangkan berkomunikasi dengannya terutama untuk anda yang tinggal serumah bersama mertua. Anda tidak perlu meletakkan harapan yang tinggi pada mertua untuk berubah, hormatinya seperti biasa kerana setiap kebaikan anda akan terhasil dan dapat membuatkan mereka sedar dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Related image

Sumber: liveupdate

Anggap sahaja yang suatu hari nanti anda juga akan menjadi seorang mertua dan mempunyai menantu. Cuba ambil berat dan ketahui punca apa yang membuatkan mertua anda berkata sedemikian. Mungkin juga dia mempunyai sifat jealous apabila melihat anda dan dan suami? Jadi tak perlu sentap, dan hormati mereka seperti ibu kandung anda sendiri. Moga bertabah ya..

Artikel berkaitan:

Awas! Jangan Guna Ayat Ini Bila Komunikasi Dengan Mak Mertua

Kuatkan Hati Bila Beraya Di Rumah Mertua

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna