Tempat Yang Menarik Untuk Bergambar Bersama Yang Tersayang

Siapa je yang tidak mahu merakamkan saat indah hari penting untuk dibuat kenangan di masa akan datang. Bila dah suka bergambar, mestilah kena fikirkan lokasi menarik pula kan. Barulah cantik dipandang untuk dikongsi di instagram masing-masing. Hiks!

Jangan risau, Donna ada senarai tempat yang anda boleh gunakan untuk bergambar tidak kira untuk beriadah atau sempena hari bahagia anda! Antaranya adalah…

Taman Saujana Hijau Putrajaya

Sumber: petiguru

Kawasan ini terletak di Putrajaya persint 11 dan di sini mempunyai 3 tempat tarikan pelancong yang lebih kepada flora dan fauna iaitu;

  1. European Garden – Kawasan yang paling tinggi dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik!
  2. Oriental Garden – Pemandangan  ala Cina yang mempunyai tumbuhan tropika.
  3. English Garden – Mempunyai gazebo yang dikelilingi pokok yang warna-warni seolah-olah anda berada di England! Tetapi, yang membezakan adalah cuaca.

Kepada yang suka sangat bergambar, amat digalakkan untuk bergambar di kawasan ini kerana pemandangannya yang sangat cantik!

Taman Perdana Botani

Sumber: twitter

Taman Botani Perdana (Perdana Botanical Gardens) atau lebih dikenal dengan nama lamanya iaitu ‘Taman Danau’ dan taman ini terletak di hujung kota dan berdekatan dengan taman Rusa dan Kebun Anggrek yang cantik!

Apa yang menariknya di sini adalah bentang alamnya yang berbukit dan pemandangan sepanjang laluannya yang sangat indah dan redup. Di tambah pula dengan daya tarik wisata utama yang dikelilingi pepohonan rimbun taman yang redup sehingga dapat menawarkan suasana segar, cantik dan sangat sesuai untuk bergambar.

Taman KLCC

Sumber: justgola

Sebut saja KLCC, pasti anda terfikirkan tempat pusat membeli belah di dalam menara berkembar yang sangat menjadi tumpuan pengunjung luar. Tapi, tahukah anda KLCC mempunyai taman yang sangat luas dan pemandangan yang cantik untuk bergambar?

Mesti tak tahu kan? Di sana, terdapat taman yang dilengkapi dengan tapak permainan kanak-kanak yang sangat unik strukturnya, air pancut yang cantik, kolam randuk, trek jogging, pondok untuk beriadah dan banyak lagi kawasan yang cantik untuk bergambar!

Taman Orkid Kuala Lumpur

Sumber: expatgo

Kepada yang suka dengan pemandangan tumbuh-tumbuhan yang warna-warni, anda boleh bawa rakan, pasangan atau keluarga anda ke Taman Orkid Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Taman Burung Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya disini adalah, bunga orkidnya yang tersusun teratur sehingga menimbulkan pemandangan yang cantik dan anda dapat melihat lebih daripada 3000 jenis pokok orkid yang terdapat di seluruh negara.

Untuk pengetahuan anda semua, kawasan ini terbuka dan siapa saja boleh masuk tanpa di kenakan apa-apa bayaran. Jadi, Tak perlu susah-susah nak pusing 1 dunia nak tengok bunga orkid, dekat tengah bandar kota raya pun dah ada, ihiks!

Studio!

Jika anda memerlukan individu yang lebih arif tentang photographer atau tempat yang tertutup, anda boleh hubungi dan dapatkan informasi lebih detail di sini.

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna