Tempat Luar Biasa Yang Anda Boleh Pergi Di Melbourne

Nak bercuti tapi tak tahu destinasi mana yang ingin anda pergi? Untuk anda yang suka jalan-jalan dengan cuaca yang santai dan tidak terlalu sejuk , Melbourne adalah tempat yang paling sesuai untuk anda dan keluarga. Mungkin ada di antara anda yang pernah melancong di sini tapi masih belum berkunjung ke tempat-tempat luar biasa yang mampu membuatkan anda teruja. Jom lihat senarai tempat yang anda boleh pergi di Melbourne!

Kryal Castle

Image result for kryal castle

Sumber: heraldsun 

Kalau pergi melancong di mana-mana mesti tak lengkap jika tiada gambar yang menarik kan? Posing sana sini, siap ‘OOTD’ lagi haa. Tempat paling sesuai dan menarik berlatar belakang Kryal Castle pasti membuatkan gambar anda seperti model, class ke tidak hiks!

Escape Room

Image result for escape room flemington

Sumber: urbanlist

Pergi taman bunga dan bergambar, ish dah bosanlah! Haa kalau anda nak cuba aktiviti lain daripada yang lain anda boleh ke Escape Room Flemington. Aktiviti di sini akan mencabar anda untuk menyelesaikan misi dalam masa 70 minit dan mempunyai enam lokasi yang berbeza. Menarik kan?

The Colonial Tramcar Restaurant

Related image

Sumber: viator

Wah makan dalam tramcar! Mungkin dah selalu anda makan di restoran tapi kali ini anda boleh cuba ke The Colonial Tramcar yang mempunyai sejarah dan pengalaman dalam bidang kulinari sejak 1983.  Jangan risau, walaupun anda berada dalam pengankutan awam, tetapi restoran ini mampu menyediakan makanan sebanyak empat hingga lima hidangan. Confirm kenyang!

Punting On The Lake

Related image

Sumber: punting

Nak feeling-feeling dengan suami? Jangan malu, bukan selalu ada masa bersama. Jadi apa kata anda bawa pasangan ke sini untuk merasai pengalaman manis menaiki sampan di tasik sambil menikmati pemandangan yang indah di Melbourne.

Nak lagi banyak destinasi menarik untuk melancong, baca bawah ni:

Singkap Sejarah Unik Dengan Melancong Ke Budapest

 

 

Sumber: ibusyurga

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna