Tempat Kerja Lebih Banyak Di Buli Atau Berdrama?

Bercakap tentang kerjaya, semua orang pernah mengalami fasa bekerja. Tak kira part time atau full time. Asalkan bila melakukan sesuatu perkara menggunakan tenaga dan akhirnya mendapat imbuhan, itu adalah kerja.

Malah, pengalaman dan suasana bekerja setiap orang pun berbeza. Iyalah dah tempat dan jawatan pun lain-lain, takkanlah ragam dan dan pengalaman sama pula kan? Mesti berbeza. Tipulah kalau kata sama.

via GIPHY

Hm, bila buka topik tentang tempat kerja ni setiap orang mesti ada cerita mereka sendiri. Ada yang manis dan ada yang pahit. Kalau penuh dengan manis je, bukan tempat kerja namanya tu. Itu berhalusinasi, ihiks!

Bukan apa, di media sosial sekarang ni sedang hangat membincangkan tentang definisi di tempat kerja. Menerusi sebuah tweet dari salah seorang pengguna twitter, dia mengatakan tidak semua orang di tempat kerja adalah rakan anda. Jadi buat kerja – dapatkan gaji – balik.

Persoalannya adakah ini satu suasana yang sihat? Kalau dilihat semula, semua tempat kerja akan ada ragam dan drama, tak kira lah dengan boss, rakan sekerja, department sebelah atau pengawal keselamatan dan lebih teruk lagi dengan tukang sapu pun ada masalah.

Cuma bagaimana cara kita mengawal ragam dan drama di suatu tempat kerja tu. Kita mudah melenting ke, buat tak tahu je ke atau overthinking dengan sesuatu perkara. Jika anda nak tahu anda sedang dibuli atau tidak, klik di sini untuk dengarkan Podcast Ais Kacang Prima Babes episod 30 yang membincangkan tentang tanda anda sedang dibuli di tempat kerja.

Jika anda ingin membaca artikel yang lebih menarik, klik saja senarai artikel di sini: Seharian Bekerja, Panduan Ini Mampu Hilangkan Rasa Penat & Lesu , Diskriminasi & Buli Di Tempat Kerja Pembunuh Senyap Produktiviti Pekerja

Sumber: twitter

Keyword: DonnaXsangkar

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna