Teman Lelaki Ajar Wanita Korea Nyanyi Dialek Kelate Tular

You Naree suka mendengar lagu ‘Kelate Kito’ di Youtube terutama di bahagian korus kerana agak rancak.”

Malaysia kaya dengan pelbagai dialek atau loghat mengikut pelbagai daerah. Ia membuktikan Bahasa kita begitu unik sehingga orang luar turut berminat untuk bertutur menggunakan dialek tertentu. Ini kerana sesetengah dialek tersangat indah dan mempunyai perkataan-perkataan yang tepat maknanya. Sebutannya pula kadang-kadang amat menarik sekali. Tidak ada lagi perkataan yang setanding dengannya dari segi ketepatan makna. Jika dialek-dialek ini dibiarkan mati maka akan hilanglah satu khazanah bahasa kita.

Dialek unik di Negara kita ini juga menyebabkan seorang wanita Korea You Narae, jatuh hati untuk mempelajarinya. Menurut petikan daripada Berita Harian Online, dalam tempoh seminggu belajar menguasai Bahasa Melayu berdialek Kelantan dan dua hari menghafal lagu dikir moden. Video lagu Kelate Kito dinyanyikan wanita Korea ini dikongsikan oleh teman lelakinya, Nik Muhamad Ryzal Nik Ibrahim, ke kumpulan WhatsApp keluarga dan rakan sebelum ia dimuat turun ke Facebook oleh kenalan. Nik Muhammad Ryzal yang berasal dari Kelantan menuntut di Universiti Korea, Seoul, sejak Disember tahun lalu dan berkawan rapat dengan You Narae sejak awal tahun ini.

Dia berkata, teman wanitanya itu memang berminat untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu termasuk muzik tempatan. Video nyanyian You Narae yang berdurasi 34 saat itu meskipun kedengaran pelat dari segi sebutan, tapi dia kelihatan agak terhibur semasa menyanyikannya sambil mengucapkan ‘Bereh Bohhh..” di akhir nyanyian. Dari segi makanan pula, beliau berkata You Narae turut menggemari juadah tomyam serta durian. Nik Muhammad Rizal yang menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, berkata sebelum ini You Narae sudah belajar makan menggunakan tangan serta cuba memakai tudung. Dia gembira melihat kesungguhan You Narae untuk mendalami budaya dan cara hidup masyarakat Melayu dan ia memudahkannya untuk membentuk wanita Korea itu seandainya jodoh milik mereka suatu hari nanti.

VIDEO

 

 

Sumber: bharian

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna