“Teman Isteri Bersalin Bergantung Pada Hospital,” – Dr Noor Hisham

Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang perkongsian cerita para ibu yang terpaksa membuat persiapan mental secukupnya bila berhadapan dengan proses kelahiran anak di hospital sewaktu PKP dan PKPB.

Ini kerana ekoran penularan COVID-19, pihak hospital tidak membenarkan suami menemani isteri di dalam dewan bersalin. Jadi si ibu terpaksa melakukan segalanya bersendirian tanpa peneman.

Kecuali ketika berada di bilik persalinan, hanya seorang doktor, jururawat saja perlu ada di sisi si ibu. Suami pula perlu tunggu di luar untuk menunggu saat azan atau iqamat ke telinga si kecil. Kemudian, perlu pulang ke rumah tidak boleh menemani isterinya sehinggalah hari discaj.

Sumber: google

PKPP sudah berubah…

Kini, semua itu sudah berubah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan negara kita sudah masuk ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana banyak perkara dilonggarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk fasa PKPP pemberian kebenaran kepada suami untuk menemani isteri ketika bersalin adalah bergantung kepada dasar dan ruang sesebuah hospital.

Pun begitu, Noor Hisham berkata, pihak hospital boleh mempertimbangkan sekiranya ruang di hospital mencukupi. Jika tidak mencukupi maka para suami dan isteri perlu memahami dan akur untuk kebaikan bersama.

Harap ruangan hospital seluruh Malaysia mampu memberi ruang kepada para suami menemani isteri mereka ketika proses bersalin. Nanti tak ada la si ibu rasa stres dan tertekan bila mengalami kesukaran melahirkan zuriat.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tiada Peneman,” – Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Ketika Musim COVID-19

Doula Sebenar, Suami Peneman Terbaik Ketika Isteri Bersalin Bukan Orang Lain!

 

 

 

 

 

 

Sumber: awani

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna