Telatah Anak Tomok Jadi Cikgu Matematik Berjaya Cuit Hati Netizen

Sebut saja nama Arrian dan Andra pasti ramai yang tahu, mereka berdua adalah anak kepada penyanyi Tomok. Mana tidaknya, telatah mereka berdua menerusi akaun instagram milik bapanya selalu mencuit hati pengikut Tomok.

Namun, Tomok sendiri mengakui kedua puteranya itu tidak mudah untuk dikawal. Apa yang disajikan kepada pengikutnya di laman Instagram semuanya hanyalah yang indah belaka (gitu).

Sumber: instagram tomok

Tetapi, sisi perangai buruk Arrian dan Andra tidak didedahkan.Biasalah, anak lelaki nakal itu adalah perkara biasa. Ada je akal mereka yang kita sendiri pun tak sangka.

Buktinya, menerusi sebuah rakaman video yang dikongsi di akaun Instagram miliknya baru-baru ini memaparkan Arrian menjadi cikgu matematik di mana anak muridnya terdiri daripada Tomok dan isterinya serta adiknya sendiri iaitu Andra.

View this post on Instagram

cikgu ni garang semacam..tapi dengan perempuan baik je cakap . dia ada buat tuisyen sempena cuti esok..nak datang tak? 🤪

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Apa yang mencuit hati pengikutnya sehingga mendapat lebih 250 ribu tontonan adalah cara Arrian melayani anak muridnya di mana apabila berkomunikasi dengan pelajar perempuan (ibunya sendiri) baik saja tutur bahasanya.

Tetapi, apabila berkomunikasi dengan pelajar lelaki (tomok dan adiknya, Andra) suaranya terus meninggi. Mungkin Arrian sudah di ajar oleh ibu bapanya agar berlembut dengan wanita atau Arrian terbawa-bawa konsep syurga di bawah tapak kaki ibu, hiks!

Malah, jika anda melihat rakaman video tersebut, anda akan geli hati ketika Arrian memarahi ayahnya dengan mengatakan “face the wall” kepada Tomok kerana salah memberi jawapan matematik.

Arrian oh Arrian! Kalau betul-betul jadi cikgu ni, kesian anak murid asyik kena marah je, haha!

Sumber: instagram tomok

Walau bagaimanapun, menurut sebuah kajian mengatakan kanak-kanak berusia 6 tahun mereka sedang menjalani proses peningkatan psikomotor iaitu mempelajari dari apa yang dilihat di sekelilingnya seperti sikap dan nilai.

Oleh itu, ibu bapa adalah contoh utama yang akan dijadikan ikutan dari segi sikap dan nilai. Selain itu, faktor genetik dan persekitaran juga akan mempengaruhi perkembangan mereka.

Faktor persekitaran adalah apabila mereka bergaul atau berinteraksi dengan orang sekelilingnya seperti siapa guru mereka? Siapa kawan mereka? Atau siapa penjaga mereka?

Ini kerana, mereka sedang dalam proses mempelajari perkara yang ada dipersekitaran mereka.  

 

Sumber: instagram tomok

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna