Telan Pil Perancang Cara Paling Murah Jarak Kehamilan

Rezeki memiliki cahaya mata memang besar nikmatnya dalam sebuah perhubungan suami isteri.”

Namun, jika kelahiran anak berlaku terlalu rapat atau ada wanita yang mempunyai masalah kesihatan, merancang kehamilan perlu dilakukan bagi mengelak mengundang pelbagai permasalahan di kemudian hari. Memang ajal, maut dan rezeki adalah ketentuan Tuhan, namun sebagai manusia anda dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dengan baik kesan dan akibat yang akan berlaku. Tidak merancang dengan baik bukan sahaja mengundang masalah kepada aspek kesihatan wanita tetapi psikologi dan bebanan kewangan keluarga.

Sumber Foto: 123rf

Jika anda tidak mampu untuk merancang secara alami dan masih risau jika tersasar, ada baiknya menggunakan cara moden yang agak mudah dan murah. Terdapat banyak kaedah merancang keluarga masa kini, namun pengambilan pil perancang merupakan pilihan ramai wanita. Kaedah ini merupakan kaedah pencegahan yang paling berkesan dan keberkesanan adalah 99 peratus jika digunakan dengan cara yang betul. Fungsi utama pil perancang kehamilan adalah untuk menjarakkan kehamilan. Ia bertindak menghalang proses ovulasi dan menjadikan seseorang wanita tidak subur.

Cara Pengambilan Pil Perancang

Sumber Foto: hellosehat.com

Anda boleh dapatkan pil perancang ini secara percuma di klinik atau hospital kerajaan terpilih. Namun, terdapat juga banyak pil perancang yang dijual di pasaran. Dapatkan bantuan daripada ahli farmasi sebelum membuat keputusan untuk membeli dan menggunakan pil tersebut.

  • Telan pil pada hari pertama haid. Dengan cara ini anda tidak perlu melindungi dari termengandung dengan penggunaan kaedah sementara yang lain
  • Tidak menjadi kesalahan juga jika anda memakan pil ini ketika hari kedua atau ketiga haid. Paling penting, pil ini hanya boleh dimakan ketika kitaran haid sedang berlangsung sahaja.
  • Pastikan yang anda juga tidak termengandung semasa pil pertama dimakan.

Kesan Telan Pil Perancang Keluarga

Rungutan yang biasa didengari jika mengambil pil perancang adalah seperti sakit kepala, loya-loya, pening-pening lalat, pendarahan yang berlaku di luar jangkaan, mungkin juga haid tidak datang langsung, kemurungan dan rasa cemas. Namun ini hanya sementara dan akan berlalu tidak lama kemudian. Oleh sebab ada yang menyarankan agar pil perancang diambil pada malam hari agar anda dapat berehat dengan sempurna jika gejala seperti di atas berlaku. Dapatkan nasihat daripada doktor jika sakit masih berterusan setelah mengamalkan pil perancang ini.

Sumber Foto: 123rf

  • Pengambilan pil perancang dijangka menjadi pengeluaran darah haid sedikit berbanding sebelumnya, dan durasi harinya lebih pendek. Pengambilan pil ini sesuai untuk wanita yang mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan sekaligus mengakibatkan anemia.
  • Kitaran haid lebih teratur daripada kebiasaannya.
  • Penggunaan pil perancang kehamilan ini juga menyelamatkan wanita dalam banyak perkara terutama kesihatan wanita ketika hamil kelak.
  • Pil tidak meningkatkan risiko kanser payudara sekiranya puan mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama.

 

Sumber: myhealth.gov.my mrbagaimana.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna